May 26, 2011

Pickupline hari Khamis.

"Hi cik adik. Cik adik boleh tolong lap tak?"

"Ha? Lap? Lap apa?"

"Lap me, sebab I Lap you too"


Hujung minggu, cepatlah tiba.

May 5, 2011

Shiom dia.

I pergi bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah moden di Kuala Lumpur. I tidak tahu mengapa, tetapi memang ramai budak-budak sekolah lepak kat luar bangunan pusat membeli-belah tu.

I masuk ke dalam kedai GAP.

Masa I nak masuk tu, ada seorang gadis yang tersangat cantik. Mata ibarat pulau mutiara pulang pinang. Baunya seharum produk ini. Memang tangkap cintan la bro.

Dia baru sahaja membeli sehelai jeans. Masa nak keluar dari kedai tu, memang agak sukar untuknya membuka pintu kedai itu. Tangan dia penuh dengan barang-barang yang telah dibeli.

I, seperti biasa, seorang gentleman sejak azali lagi, pergi ke pintu itu, cuba untuk menolong.

"Hey, kucup please?" dia berkata sambil menolak pintu kedai itu dengan tangannya yang memang penuh.

I pelik. Memang 5 minit yang lepas, memang ada I membayangkan gadis ini meminta kucupan daripada I.

Ini bagaikan Dejavu.

JACK POT! Memang I nantikan saat-saat begini.

I mendekatkan bibir I, hendak mengucupnya. I muncungkan mulu, pejam mata untuk ambil feel.

"What the hell are you doing?" dia tiba-tiba berbahasa Inggeris.

"Tadi kan nak kucup? I on jah."

" I said could you please. As in could you please open the door?"

"Kucup please and Could you please, same difference. yeah fine," I berkata dengan sopan.

I buka pintu dan dia terus berjalan sambil memaki-maki dalam bahasa cina.

I tak faham sangat tapi perkataan last yang I dengar ialah "Chi sin"



eh jap, "Chi sin" ke "Cheesy?"

We'll never know.