August 18, 2011

Why so serious?

Rabu.


I on the way nak pergi kerja. Seperti biasa, I naik LRT.

I duduk sebelah minah yang berpakaian serba hitam. Agak menarik.
I pun cubalah nak create conversation.

"Hi, hitam hari ni. Macam Batman bertudung. hehe" I cuba crack a joke, tetapi lame gila.

Dia tak berkata apa-apa. Dia hanya senyum.

"So, you kerja apa?" I tanya lagi.

"I lawyer" Dia jawab, serius.

Ok part ni I nampak peluang untuk I buat dia ketawa. Kalau dia ketawa, mesti lepas tu I akan dapat phone number dia. So I gunakan otak I ni untuk mencari jawapan yang boleh buat dia ketawa. Dan I terjumpa satu jawapan yang sememangnya mustahil untuk orang tidak ketawa bila mendengarnya.





"U loya? Kenapa? U pregnant eh?"

Kelakar kan? Kelakar kan?


Awkward silence.

I tak tahu la dia dah sampai destinasinya atau tidak, tapi di stesyen yang berikutnya, dia telah turun.

"Next Station, Abdullah Hukum"

Oh hukum lah I.


August 9, 2011

Plagiarism

Hi!

Ada orang memplagiat kandungan blog I yang tak seberapa ni. Hihi!


Hello, awak.

August 5, 2011

Pickupline Berbuka Puasa.

Hello.

Pegang kurma, tanya dia "Would you like to have a date?" If no, makan kurma itu. If yes, katakan dgn kool "see u at 8." #pickuplineberbuka #Twitter #fb


Selamat berpuasa.

Senja (Prologue).

“Baby, baby, baby ooohhhh! I’m like baby, baby, baby noooooo! KELEPAP!” Tu bunyi alarm di telefon bimbit I. I terpaksa pasang lagu itu kerana ia akan membuatkan I sangat menyampah, lalu tidak akan menekan butang snooze. Bak kata pepatah, "the snooze button is the root of all evil". Oh dan ‘KELEPAP!’ tu adalah bunyi telefon I dihempuk.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Nasib baik sempat bangun. “Just in time for sahur,” I berkata kepada diri sendiri. Hidup I sedih. I duduk di bawah tangga (ada ruang kat bawah tangga) dengan Ibu dan Bapa angkat I. I keluar dari bilik I, mereka sedang menjamu selera. “Heri, kau bangun lambat. Sorrylah makanan dah habis. Bangunlah lambat lagi,” Ibu angkat I sindir.

Oh and by the way, nama I Heri, Heri Patel.

I berdarah kacukan. Bapa kandung I berasal dari Indonesia. Namanya sangat indah, Heriyanto Pamungkas Wali Bin Kasanova. Ibu I pula, adalah pelakon Bollywood yang masyhur. Amisha Patel namanya (Google kalau tak kenal). Dia sangat menawan, I benci bila orang panggil Ibu I ‘MILF’. Kalau I panggilnya MILF, tidak apa. Kerana bagi I, ‘MILF’ bermaksud ‘the Mother I’ll Love Forever’ (this is the part where you guys go, Awwwwwwww). Jadi, nama I sebenarnya adalah gabungan nama kedua Ibu Bapa kandung I.

Pada hari jadi saya yang ke 12 (kot?), I telah berjumpa dengan gergasi mini. Nama dia Haggard. Haggard menceritakan bahawa I sebenarnya adalah seorang ahli sihir. I terkejut. Wujudkah dunia sihir yang diperkatakan ini? Nak dipendekkan cerita, 3 minggu selepas kejadian itu, I tiba di sekolah baharu I, Sekolah Sihir dan Sifir Siti. Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama pengasasnya, yang tiba-tiba hilang secara misteri.

Sekolah ini sangat menakjubkan, siap ada penyapu terbang! Masa kat rumah keluarga angkat I, penyapu terbang hanya wujud apabila Ibu angkat I mengamuk kat I, dan penyapu tu secara automatik terbang ke arah I. Ok itu cerita lain.

Masalah I bermula bila I berjumpa dengan satu keluarga di mana kesemua anaknya bersekolah di sekolah I itu. Mereka adalah,


the Kalens.

July 26, 2011

Jemput makan, awak.

Setelah penat bekerja, I balik ke rumah dengan harapan untuk melihat makanan terhidang di atas meja dapur.

Sampai-sampai, hati I berkecai.


"Mo, tu lah balik lambat sangat, mana ada makanan. Mama malas la nak masak"

"Tak pa ma, seminit lepas baru je I makan."

"Seminit lepas? Makan apa?

"Makan hati, ma"


I ke bilik. Online sambil menulis post ini.

dah 17 minit berlalu ni.


Ha ok mak I dah panggil makan, dia masak mi.


ok bai.

Selamat menjamu selera.

July 12, 2011

Pickupline Percuma Hari Ini

Selasa.


Untuk memastikan teknik ini berkesan, anda harus berlakon sedikit.

Jalan seperti biasa, bila sasaran sudah hampir, jatuhkan diri anda. Konon-kononya anda terpelecok.

Nota, jangan termelatah dengan berkata,

"Oh Po Cot!"

Itu turn off bagi sesetengah wanita.
Kalau anda memang kena melatah. Cuba cakap sesuatu seperti,

"Oh Wallet aku banyak duit"

atau

"Oh aku ni cousin Dr. Rozmey"


Langkah seterusnya,

Bila anda sudah jatuh, seorang wanita yang cantik luar dan dalamnya( dalam as in hati! bukan dalam baju), di pasti akan menolong anda.

Bila dia sudah menolong anda. Ayat ni harus di lafazkan dengan penuh seksi, tapi jangan terlalu seksi, seksa jadinya nanti.


"U tahu tak, I ni clumsy tau. Hari ni sahaja I dah jatuh 2 kali."

"Tadi dah jatuh, sekarang ni jatuh lagi... Jatuh Cinta."

Pandang matanya, dan senyum.


Selamat mencuba!

July 4, 2011

Mimpi jadi kenyataan.

Ahad.


Malam semalam, I mimpi.

I mimpi I nampak mak I tengah tengok TV.


I terjaga, I keluar bilik, I nampak mak I tengah tengok TV.


the end.