June 29, 2011

Shower.

Hari hujan, boleh diceriakan dengan satu teka-teki.


Nama artis apa yang patut anda namakan anak anda supaya dia sentiasa wangi?

You know this, comeee onnn.




***







Mandy Moore (Mandi More, get it?)


*sumpah tak kelakar wey (Dush tumbuk diri sendiri)*

June 27, 2011

Pramugari Bogel.

Ha, korang klik link ni sebab nak tengok pramugari yang topless kan?

Otak kuning betul. Sorry tapi u olls kena tipu. Ah gittew.


***


Walaupun I dalam industri pengiklanan, I rasa banyak iklan yang menipu dan misleading.

Ini tidak elok kerana kita banyak mempengaruhi kanak-kanak. Kanak-kanak yang naif lagi suci dalam debu sememangnya akan percaya benda yang mereka nampak bulat-bulat.

Ini satu contoh, untuk membuktikan hujah I.

Aunty i seorang guru di sebuah sekolah rendah. Dia dah lama dah mengajar subjek ini. Dah banyak kali dah dia memeriksa dan memberi markah semasa peperiksaan percubaan, pra spm, pra upsr, pra pmr, pramugari dan peperiksaan pra-pra yang lain.

Dia bercerita, sebelum ini, tidak pernah ada kanak-kanak yang memberikan jawapan sekreatif (read: sebongok) ini.


Subject: Kajian tempatan.

Soalan yang diberi oleh cikgu:

Wilayah ____________ terletak di Kuala Lumpur.


Jawapan yang ditulis oleh murid:

Wilayah celcom terletak di Kuala Lumpur.

June 3, 2011

Kaler

Mak I memang suka benda-benda cantik dan rare.
Dia nak beli telefon rumah. Tetapi nak warna yang lain daripada yang lain katanya.

So dia bertanya.

“Selalu orang guna telefon colour apa?
“Kala kesepian”

Sehari dia tak bercakap dengan I.

May 26, 2011

Pickupline hari Khamis.

"Hi cik adik. Cik adik boleh tolong lap tak?"

"Ha? Lap? Lap apa?"

"Lap me, sebab I Lap you too"


Hujung minggu, cepatlah tiba.

May 5, 2011

Shiom dia.

I pergi bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah moden di Kuala Lumpur. I tidak tahu mengapa, tetapi memang ramai budak-budak sekolah lepak kat luar bangunan pusat membeli-belah tu.

I masuk ke dalam kedai GAP.

Masa I nak masuk tu, ada seorang gadis yang tersangat cantik. Mata ibarat pulau mutiara pulang pinang. Baunya seharum produk ini. Memang tangkap cintan la bro.

Dia baru sahaja membeli sehelai jeans. Masa nak keluar dari kedai tu, memang agak sukar untuknya membuka pintu kedai itu. Tangan dia penuh dengan barang-barang yang telah dibeli.

I, seperti biasa, seorang gentleman sejak azali lagi, pergi ke pintu itu, cuba untuk menolong.

"Hey, kucup please?" dia berkata sambil menolak pintu kedai itu dengan tangannya yang memang penuh.

I pelik. Memang 5 minit yang lepas, memang ada I membayangkan gadis ini meminta kucupan daripada I.

Ini bagaikan Dejavu.

JACK POT! Memang I nantikan saat-saat begini.

I mendekatkan bibir I, hendak mengucupnya. I muncungkan mulu, pejam mata untuk ambil feel.

"What the hell are you doing?" dia tiba-tiba berbahasa Inggeris.

"Tadi kan nak kucup? I on jah."

" I said could you please. As in could you please open the door?"

"Kucup please and Could you please, same difference. yeah fine," I berkata dengan sopan.

I buka pintu dan dia terus berjalan sambil memaki-maki dalam bahasa cina.

I tak faham sangat tapi perkataan last yang I dengar ialah "Chi sin"



eh jap, "Chi sin" ke "Cheesy?"

We'll never know.

April 21, 2011

Jasmin. Teh Jasmin.

Semalam I jalan-jalan kat OU. I cari seluar baru, kerana seluar I semua dah longgar.

I masuk Zara. I tengok-tengok seluar baru yang boleh dibeli. Memang cantik. Sedang I sibuk melihat price tag kat seluar tu, tiba-tiba ada minah salleh ni datang tegur I.

"Excuse me, How much is this?" dia tanya.

I pun fikir, apa hal kau ni, I sikit punya handsome dia boleh ingat I kerja kat Zara ni? Then I pandang sekeliling. Then I sedar, memang pekerja Zara semua bercoat, memang bergaya. Patutlah dia ingat I kerja sini. I hanya mampu tersenyum.

"I'm sorry, but I dont work here" I jawab, senyum sipu.

"Why are you here, miss? the lady's department is over there." I tanya sekali lagi.

"I beg your pardon?" muka dia terkejut.

"Why are you here? This is the men's dept" I jelaskan.

Dia tak jawab apa-apa. Dia toleh dan terus mencari pakaian-pakaian lelaki yang lain. I pelik, apahal minah ni kan? Dah la ingat I kerja sini, pastu I tanya, sentap pula.
I buat kesimpulan yang mungkin dia baru datang bulan. Tengah PMS (Perangai Macam Sial).


I pun malas nak layan. I biarkan dia. Mungkin dia nak jadi pengkid. Mungkin dia nak beli baju untuk BF dia. I pun buat tak tahulah.

Tiba-tiba I dengar bising sangat. Ada seorang wanita melayu ni masuk dalam kedai Zara dan menjerit kepada minah salleh tadi tu.

"Jas! Hurry up! your fans are waiting," orang tu memanggil minah tu.

Jas? Ek eleh, mak bapak bagi nama Jasmin, tiba-tiba jadi Jas. Blah la minah. I bermonolog.

Dan apa maksud dia fans? I pun terfikir. Fans as in peminat? Kenapa dia ada peminat? I tak pernah nampak pun? Takkan fans as in kipas-kipas? Itu tak masuk otak.

Keadaan menjadi semakin kucar-kacir, riuh-rendah. Bising like a G6.

I terkejut. Ramai gila orang datang ke arah minah itu. I pelik, sapa minah ni? Definitely bukan Jasmin dari katun Aladdin. Siapakah gerangan Jas, si minah salleh budak kecik ini?

I jadi curious gila. So, I jalan keluar dari Zara. Ramai sangat orang mengerumuni Jas. I tengok. Siap ada buat banner. I baca betul-betul banner tu.

It says:

"Justin Bieber, My World Tour 2011"


Oh.

*



Have fun watching Bieber tomorrow, guys. Dont worry, I wont judge.

April 18, 2011

Pickup line 101.

"Eh, you look familiar lah"

"Ha? that's the oldest trick in the book. sheesh. buzz off"

"Garangnya you, tajam betul kata-kata"

"Sorry, can you please talk to the hand, cause the face is not interested"


"I tau you ni perempuan jenis apa. You macam durian. Kat luar tajam, tapi dalam, amboi... memang manis"

"hik hik, alah malu lahhh, hik hik"

"Jom lah naik motor abang ni, kita pergi makan durian all you can eat kat DU tu"

SFX: vroom vroom.