I tahu ramai yang suka vape. Ramai yang sokong vape! Kononnya vape boleh tolong kurangkan kematian, dan lebih sihat. Tak apa. Suka hati you lah tapi I rasa vape mengurangkan kejantanan dan maskuliniti lelaki? Kenapa?
Ok bayangkan you ternampak seorang lelaki. Rambut panjang. Badan sado. Suara serak serak. Pakai rantai, pakai coat. Pakai spek mata hitam. Seorang lelaki yang Rock dan Macho, lebih kurang macam ni
Yup. Macho bukan. Ok then you macam rasa, "mamat ni macho dowh. I kena tanya dia macam mana nak macho". YES. You rasa macam tu sebab you seorang lelaki yang kurang self esteem dan mengagungkan Awie. You mula lebih minat kat dia masa dia berlakon sembilu 1. Yes. Ok so untuk tanya dia macam mana nak jadi macho, you kena break the ice. You nampak dia hisap vape. So you terfikir,
"Wah dia hisap vape. I boleh gunakan vape ni sebagai ice breaker sebelum i minta tips macho daripada dia." Dia ambil nafas, kira sampai tiga dan beranikan diri.
"Salam. Abang ni Awie, kan?" you buat-buat tak kenal, sebab kononnya You cool lah.
"Ya, saya", Awie jawab dengan cara machonya yang biasa.
"Wah! I'm a huge fan." you mula berbahasa Inggeris, sebab You rasa english boleh buat You kelihatan lebih sophisticated. Then you sambung,
"Abang hisap vape perisa apa tu?" you tanya soalan mukadimah.
Awie tak terus jawapan. Sebab dia macho. Awie hisap vape tu. Dia sedut lama lama, dalam-dalam. Then dia hembus asap, eh sorry, maksud I wap sebab vape tak keluarkan asap beracun (kena betulkan sebab vapers sensitive dengan issue asap beracun ni). Selepas dia hembus, dia pandang You dan jawab.
"Perisa Strawberry Sugus."
WHAT THE FAG! Tak. Tak macho.
Nampak tough, macho. Tapi hisap perisa Strawberry Sugus! Tahap kemachoan ditolak 95 percent!
So, apakah yang akan terjadi pada imej laki macho seperti di atas tadi? Dari Awie macho menjadi Awie Strawberry Sugus.
Sekian.
Ps: Wow, it feels good to be writing again.