August 30, 2011

Pantun Raya. (Sediakan Eno).

Hi.




Pagi-pagi pergi pasar tani,
makan briyani lazat tak terperi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mari sama-sama elakkan obesiti.


Selamat Hari Raya uolls.

Saya dengan rendah diri meminta maaf jika ada terkasar bahasa dan telah menyakitkan anda secara zahir atau batin.



Selamat menyumbut Aidilfitri!

August 24, 2011

Selamat Hari Rabu. #Twitter.

Hi.


Ni bulan Ramadan, tidak perlu menjadi terlampau kreatif sehingga mengeja hari Rabu sebegini "Wet nurse day".



Happy Wednesday people.

August 20, 2011

1Malaysia (bukan politik).

I pergi zoo dengan girlfriend I. I rasa romantik, sebab ini adalah satu pengalaman yang baharu. Kami dapat melihat banyak haiwan. Binturung, memerang dan juga beberapa binatang yang susah untuk menyebut namanya.


Sedang I berjalan-jalan. Tiba-tiba ada dua adik beradik dari kelantan ni berlari. Main kejar-kejar agaknya. I rasa abangnya di depan, dan adiknya di belakang. Jelas kelihatan adiknya lebih lembab. Masa diorang berlari, adik dia memanggil abang nya.

"Abe! Abe! Abe!" Adik dia menjerit. (Abe is abang in longhat kelantan, if u didn't know)

Semangat betul. Dah besar-besar pun main kejar-kejar dalam zoo. Pelik.

Tiba-tiba I rasa pedih di belakang badan. I pitam.


***


I buka mata. I kat Hotel. Banyak betul awek-awek dengan kostum jururawat. I kat party mana ni, I terfikir dalam otak. Ibu bapa I pun ada kat sebelah.

Aik, pehal parents I buat kat party cosplay ni?

Oh bukan. I bukan kat hotel. I kat Hospital Prince Court. I kena hospitalized sebenarnya.


I nampak adik beradik Kelantan dari zoo tempoh hari. I tertanya apa dorang buat kat situ.


"Eh, korang yang main kejar-kejar tu kan hari tu?"

"Kejar-kejar? Are you crazy?"

"Ha? betullah. Adik you asek terjerit-jerit panggil u."

"U gila ka? I tak panggil dia lah gila. I cakap 'A bear! A bear!'. Beruang la bongok. Kan kau dah kena gigit!"

"Oh, mana I tau. I ingat you orang kelantan. Abe! Abe!"





Hi, nama I mo. Nama U?

August 18, 2011

Teka-teki Ramadan.

Khamis.

Mi apa yang dulu pakai braces?










come on.













Salah, cuba lagi.















Salah.













Jawapannya.


MI SHA OMAR!



*Lame, I nak bunuh diri sendiri. Bye!*

Why so serious?

Rabu.


I on the way nak pergi kerja. Seperti biasa, I naik LRT.

I duduk sebelah minah yang berpakaian serba hitam. Agak menarik.
I pun cubalah nak create conversation.

"Hi, hitam hari ni. Macam Batman bertudung. hehe" I cuba crack a joke, tetapi lame gila.

Dia tak berkata apa-apa. Dia hanya senyum.

"So, you kerja apa?" I tanya lagi.

"I lawyer" Dia jawab, serius.

Ok part ni I nampak peluang untuk I buat dia ketawa. Kalau dia ketawa, mesti lepas tu I akan dapat phone number dia. So I gunakan otak I ni untuk mencari jawapan yang boleh buat dia ketawa. Dan I terjumpa satu jawapan yang sememangnya mustahil untuk orang tidak ketawa bila mendengarnya.





"U loya? Kenapa? U pregnant eh?"

Kelakar kan? Kelakar kan?


Awkward silence.

I tak tahu la dia dah sampai destinasinya atau tidak, tapi di stesyen yang berikutnya, dia telah turun.

"Next Station, Abdullah Hukum"

Oh hukum lah I.


August 9, 2011

Plagiarism

Hi!

Ada orang memplagiat kandungan blog I yang tak seberapa ni. Hihi!


Hello, awak.

August 5, 2011

Pickupline Berbuka Puasa.

Hello.

Pegang kurma, tanya dia "Would you like to have a date?" If no, makan kurma itu. If yes, katakan dgn kool "see u at 8." #pickuplineberbuka #Twitter #fb


Selamat berpuasa.

Senja (Prologue).

“Baby, baby, baby ooohhhh! I’m like baby, baby, baby noooooo! KELEPAP!” Tu bunyi alarm di telefon bimbit I. I terpaksa pasang lagu itu kerana ia akan membuatkan I sangat menyampah, lalu tidak akan menekan butang snooze. Bak kata pepatah, "the snooze button is the root of all evil". Oh dan ‘KELEPAP!’ tu adalah bunyi telefon I dihempuk.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Nasib baik sempat bangun. “Just in time for sahur,” I berkata kepada diri sendiri. Hidup I sedih. I duduk di bawah tangga (ada ruang kat bawah tangga) dengan Ibu dan Bapa angkat I. I keluar dari bilik I, mereka sedang menjamu selera. “Heri, kau bangun lambat. Sorrylah makanan dah habis. Bangunlah lambat lagi,” Ibu angkat I sindir.

Oh and by the way, nama I Heri, Heri Patel.

I berdarah kacukan. Bapa kandung I berasal dari Indonesia. Namanya sangat indah, Heriyanto Pamungkas Wali Bin Kasanova. Ibu I pula, adalah pelakon Bollywood yang masyhur. Amisha Patel namanya (Google kalau tak kenal). Dia sangat menawan, I benci bila orang panggil Ibu I ‘MILF’. Kalau I panggilnya MILF, tidak apa. Kerana bagi I, ‘MILF’ bermaksud ‘the Mother I’ll Love Forever’ (this is the part where you guys go, Awwwwwwww). Jadi, nama I sebenarnya adalah gabungan nama kedua Ibu Bapa kandung I.

Pada hari jadi saya yang ke 12 (kot?), I telah berjumpa dengan gergasi mini. Nama dia Haggard. Haggard menceritakan bahawa I sebenarnya adalah seorang ahli sihir. I terkejut. Wujudkah dunia sihir yang diperkatakan ini? Nak dipendekkan cerita, 3 minggu selepas kejadian itu, I tiba di sekolah baharu I, Sekolah Sihir dan Sifir Siti. Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama pengasasnya, yang tiba-tiba hilang secara misteri.

Sekolah ini sangat menakjubkan, siap ada penyapu terbang! Masa kat rumah keluarga angkat I, penyapu terbang hanya wujud apabila Ibu angkat I mengamuk kat I, dan penyapu tu secara automatik terbang ke arah I. Ok itu cerita lain.

Masalah I bermula bila I berjumpa dengan satu keluarga di mana kesemua anaknya bersekolah di sekolah I itu. Mereka adalah,


the Kalens.