February 17, 2012

Sambil menyelam, minum air.

February 17, 2012
Pickupline.


***

Pickupline ni sesuai untuk abang-abang yang cool dan selalu ke Starbucks atau café kopi yang mahal-mahal (Mata ke atas, tangan ke bahu).
Bila dah kenal pasti target. U olls kena berlakon macam tengah mengamuk.


“Aku hauslah! Cepatlah! Aku nak beli air. Dahaga, tahu tak!”

“Ye cik, maaf, cik nak minum apa?”

“Maaf apa? Aku haus tau! Dari tadi aku dahaga! Kau buat tak tahu je.”

“Maaf, cik. Cik nak minum apa?”

“Sudahlah, aku dah tak nak minum!”

“La, tadi dahaga sangat, sekarang tak nak minum pula.”

“Aku masih dahaga, aku dahagakan cinta mu, wahai bidadari.”


Pikatline ini juga berkesan untuk awek anda. Kalau nak reignite the fire, gittew.



***


Damn.

I tak tahu mengapa, tetapi I rasa macam nak termuntah bila dah habis tulis post ni. Adakah korang rasa nak termuntah juga?

February 4, 2012

Ambition (jangan bazir masa U olls).

February 4, 2012
Yes.



Sebuah komik yang membazir masa.







Pernah tak U olls alami detik-detik macam "What the heck did I just write?".

I tengah alami benda tu sekarang. Like, right now.

****


So, berjayakah dia merealisasikan impiannya?

Jangan bazir masa nak tahu jawapannya. <-- Klik la kalau degil nak tahu jugak.

February 2, 2012

Tegur-menegur, amalan mulia.

February 2, 2012
Hi.



Kawan I, Syazwan (nama mesra Wan), benci bila I tegur dia.
Setiap kali I tegur dia, mesti I kena maki. EVERYTIME.


Tapi memandangkan I seorang gentleman yang hidup dengan penuh chivalry, I akan tetap tegur dia. Lagipun, tegur menegur kan adalah amalan yang mulia?


So everytime I jumpa Wan, ini yang sering terjadi.



"Hi Wan!"

Dia tidak akan menjawab.

"Hi Wan!"

Dia masih membisu.

"Wan! Hi Wan!"

"KEPALA HOTAK KAU! SEJAK BILA AKU JADI HAIWAN HA?"




Ala, bergurau pun tak boleh, memang macam haiwan.

January 20, 2012

Tip Gentleman: Pikat Line.

January 20, 2012
Hi.

Seorang gentleman harus pandai bermain dengan kata-kata. Terutama sekali bagi gentleman yang kurang kacak. Mulut anda haruslah cantik.


Ok mari kita cuba satu line yang I telah reka. Bila nampak wanita yang anda minat, sila tegur dia dan tanya dia soalan yang serious (bukan teka-teki).

Masa tanya soalan ini, anda mesti nampak cool, konfiden, wangi (penting!), tiada cili di celah-celah gigi anda dan bulu hidung tak terkeluar dari hidung.

Bila sasaran dah dikenalpasti, terus bertanya ini:


"Cik! cik! Minta maaf mengganggu, tapi saya nak tanya satu soalan kepada awak."

"Ya?"

"Awak tahu tak kenapa I bersyukur sangat jadi seorang lelaki?"

"Tak tahu, kenapa?"

"Saya bersyukur jadi lelaki, sebab adanya perempuan macam awak."

Selepas itu, senyum, dan terus blah. Jangan pandang belakang! Act cool.


Ok, jadi apa pandangan U olls terhadap ayat ini?
Berkesan, atau tidak?


Selamat mencuba!

January 18, 2012

Ampun, Permaisuriku.

January 18, 2012
Hello.


I nak ke wedding kawan I.

Sebagai seorang lelaki, ia hanya mengambil masa selama 10 minit untuk siap, Girlfriend I pula mengambil masa selama 10 jam (no shit).

I janji akan mengambil dia kat rumah dan pergi sekali ke wedding tu. Sebab apa I janji, U tanya? Sebab I gentleman. #TipGentleman

I sampai-sampai di rumah dia, dia suruh I masuk rumah dulu. Obvious gila dia belum siap, kan? Atau mungkin ada adik perempun dia minat kat I, dan adik dia suruh I masuk sebab adik dia nak cuci mata? Ha that must be it.

I dah agak dah! Dia tak tahu nak pakai baju apa.

Perempuan memang selalu rasa insecured, setuju tak? Dorang rasa dorang tak cantiklah, gemoklah, badan berbaulah, muka tak sama macam Jennifer Aniston lah, jambang terlupa nak cukurlah, lupa nak cukur kening macam Frida lah dan macam-macam lagi.


***


"Sayang, I rasa I dah gemuk lah."

"Aiyo, Taklah. Cepattt, nanti kita lambatttt..." I mengeluh.

"Baju ni buat I nampak gemok tak?"

"Tak lah. Mana ada. U nampak cantik sangat, U cantik bagaikan seorang Queen ok!"

"Ye ke? U ikhlas cakap macam tu?"

"Ikhlas... U sebiji macam Queen Latifah."

"Baby kau mo."


***


I rasalah dia kata baby, takkan babi kot? Ada ke orang nak cakap babi kat I? Tak logik, bukan?

Nok nok gittew.

Ok

Mula-mula, U mesti cari awek yang sporting la. Yang nampak tak sombong ok. Then u pergi kat dia, main permainan "Knock Knock."

"Knock knock!"

Pastikan dia jawab. If dia tak jawab. Mungkin badan U berbau.

"Who's there?"

"Haiwan"

"Haiwan who?"

"Haiwan to spend the rest of my life, loving you."

Reaksi yang dijangkakan? "Awwwwwwww...."


Selamat mencuba!

December 30, 2011

Teka-teki Resolusi Tahun Baru.

December 30, 2011
Ok ok.




"Sebelum kita keluar rumah, kita kena tutup apa?"

"Tutup lampu. Tutup pintu. Tutup semua barangan elektrik. Kita kena pastikan semua benda ditutup."

"Lagi?"

"Lagi? Kena tutup apa lagi?"

"Tutup aurat."


*



Sentap tak? Ahah!



Selamat Tahun Baru, friends.


Resolusi I untuk tahun 2012 adalah, to prove that the mayans are wrong.