April 10, 2010

kenapa I takkan menang the amazing race.

Audition untuk the Amazing Race Asia baru berlangsong dan obviously I tak dapat.

"you're too zach, we're looking for someone like Lautner"

yeah yeah go ahead and discriminate.

and so, I terfikir, kenapa I takkan menang the amazing race asia.

1) Ala, tak nak miss Bawang putih Bawang merah.

Orang pergi berlari, racing sana sini. I tidak, I'd rather stay at home and watch Bawang putih bawang merah. Kalau I ada kat europe, I akan cari cybercafe yang terdekat untuk menonton video streaming crita tersebut.

Pada waktu malam, sibuk orang cuba mencari stop seterusnya, jika terserempak kedai mamak, I akan stop untuk menonton Akademi Fantasi. Everyone's busy racing, I sibuk menangis kerana Johnny atau Zam terkeluar dari AF. Menuju Puncak Yo.

2) How much, I love you, rice* (di bawah ada explaination, in case u guys dont understand).

Kat mana I nak cari kedai jual nasi kat Switzerland ni Yo. Biasalah, I kan yang akan mati tu if tak makan nasi?

Last last bawa beras sekali.

Everyone's busy racing, I sibuk memasak nasi berbackground kan pergunungan elps.

Baru terasa seperti Jamie Oliver. no? A dream come true. awesomeness.
Hopefully kat europe atau other countries ada serve sambal belacan or tempoyak.

3) Bunyik banyak

Bila dapat sebuah task, I akan cakap "ISK, task apa ni? tak nak buatlah. Penatlah. Pointless la task ni". (azhar roslan, 2010).

then I pergi minum kopi kat espresso bar di Italy, hoping that the producers of the Amazing Race Asia terlupa yang I tak buat task tu lagi. That sounds like a plan.

4) Tak di sediakan moto rxz.

I akan kalah sbb moto rxz tak disediakan masa buat task. I paling hebat bila menunggang rxz. Superman, Spiderman, semua I boleh

5) Ala, confirm tak leh punya. Tak payah la. Tido lagi baik

Ye la, ada ke task suruh I cari Ayam kat Venice? Apa ke gila tu? memang tak kan jumpa la kan. So tak yah la. Biar je lah dorang pergi. Lagi pun I takut nak cuba benda baru ni.


Ni adalah I. I cakap pasal diri I tau.

Next season I nak try lagi, tp first, I kena tukar mindset I.

aha.

* dari atas.



We'll miss you din!

GOODNIGHT MALAYSIA!

3 comments:

Anonymous said...

Buah Laici!!!!

Mo Nazmi Ahmad. said...

apa buah laici aza?

tangan said...

cool yo.
senang cakap.malas.heh :)