Semalam I dengan budak budak kelas I telah ke sebuah Lab di Jalan Semantan untuk melawat sambil belajar. Lab dia cantik, macam museum museum di US. ah gittew.
On the way naik bus UiTM, I happy, kerana teman wanita I juga turut hadir untuk mengexperience this once in a lifetime adventure.
Sampai sampai, kami di ceramahkan oleh orang lab itu tentang history lab itu, dan motif and objective nya.
I suka mengambil gambar, I membawa Nikon D12 I untuk mengambil gambar di situ, kerana lagipun I seorang member dari sidang redaksi faculty Mass Communications.
Kami tiba dia sebuah lab di mana mereka menjalankan experiment dan ujian ke atas Insects. Sibuk I mengambil gambar teman wanita I, I di gigit labah labah mutant berwarna biru dan merah. I rasa gatal tetapi tidak memberitahu siapa siapa.
Balik ke rumah, I pening. Pening lalat. Pening gila babi nak mampos. I sampai sampai dalam bilik, terus jatuh atas katil lalu tertidor dibuai mimpi. I mimpi I pergi Sunway Lagoon. Bestnya!
Keesokan hari nya I bangun, I rasa fresh!
I cuba lompat setempat, I rasa ringan.
I cuba lari setempat, I rasa laju. I rasa seperti orang baru lalu berkata dengan kuat "terima kasih tummy trim, I like the new me".
I tengok cermin,
Wah badan I berketul!
Berketul besar di tempat gigitan labah labah itu.
Lalu I ke klinik.
Spiderman tak wujud. Get over it.
5 comments:
ouh u budak uitm jugak. love ur writing, very creative.
oh hehe. yeah.
broadcasting, faculty of communication and media studies.
and
thank you :D
bengong la ko ni..ahaha
witty
hhahahah bongok. cerita mlm tadi.. hehe
Post a Comment