June 27, 2011

Pramugari Bogel.

Ha, korang klik link ni sebab nak tengok pramugari yang topless kan?

Otak kuning betul. Sorry tapi u olls kena tipu. Ah gittew.


***


Walaupun I dalam industri pengiklanan, I rasa banyak iklan yang menipu dan misleading.

Ini tidak elok kerana kita banyak mempengaruhi kanak-kanak. Kanak-kanak yang naif lagi suci dalam debu sememangnya akan percaya benda yang mereka nampak bulat-bulat.

Ini satu contoh, untuk membuktikan hujah I.

Aunty i seorang guru di sebuah sekolah rendah. Dia dah lama dah mengajar subjek ini. Dah banyak kali dah dia memeriksa dan memberi markah semasa peperiksaan percubaan, pra spm, pra upsr, pra pmr, pramugari dan peperiksaan pra-pra yang lain.

Dia bercerita, sebelum ini, tidak pernah ada kanak-kanak yang memberikan jawapan sekreatif (read: sebongok) ini.


Subject: Kajian tempatan.

Soalan yang diberi oleh cikgu:

Wilayah ____________ terletak di Kuala Lumpur.


Jawapan yang ditulis oleh murid:

Wilayah celcom terletak di Kuala Lumpur.

3 comments: