Selasa.
Kadang-kadang bila I gatal, I akan type "watches" pada ruang carian di Google. Jelas sekali la bukan idea yang bagus kerana ini akan membuatkan I ingin membeli sesuatu yang sememangnya tidak mampu.
I terlihat seutas jam nixon ni.
Seterusnya, adalah sejarah. I telah jatuh cinta.
I check deal locator di laman web jenama jam tersebut.
"Rhapsody, The Curve, Mutiara Damansara".
I terus memecut ke sana selepas kerja.
*
"Kak, jam ni berapa ni?"
"Jam ni RMxx dik. Adik try la jam ni. Jam ni cantik"
Memang cantik jam tersebut. Jelas kakak tu ada kelas. Meriah u oll. Masalahnya cuma, strap nya terlalu kecil.
"Kak, tapi strap dia kecik je ni. Untuk lelaki ke perempuan ni"
"Eh, jam ni Biseksual"
Oh. Baiklah kak. Biseksual pun, biseksuallah. Asalkan cantik.
1 comment:
Hahah. Itu scary.
Post a Comment