May 7, 2012

Who wants to be a Millionaire? Jeng Jeng Jeng.

Tips menjadi Jutawan (efektif).

Semua orang ingin menjadi seorang jutawan. Ingin kereta yang besar, girlfriend setaraf Fazura & Nora Danish, pakaian berjenama Hermes, Salvatore Ferragamo dan jenama-jenama lain yang namanya susah untuk disebut. Sesetengah orang bernasib baik kerana mempunyai seorang ayah atau datuk jutawan, tetapi bagi kita yang tidak begitu bernasib baik, boleh la mandi bunga, untuk menambahbaikkan nasib kita. Berikut adalah tip yang bakal mengubah hidup anda!



Tip #1:

Jikalau nama anda adalah Abdul Majid bin Ghani, sila ke pejabat pendaftaran negara dan tukar nama anda menjadi Jutawan bin Ghani. Ini adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk menjadi Jutawan. Bayangkan di office:

"Hi, saya Megat, nice to meet you."

"Hi, saya Jutawan, nice to meet you too."

Bukan itu sahaja, isteri anda juga akan turut berasa gembira. Bayangkan ketika 'Tupperware Party' yang diadakan di penthouse kawan isteri anda:

"Husband I, Syafiq, memang banyak duit."

"Husband I, Jutawan, tak der lah banyak sangat duit."

"Jutawan tak banyak duit? Berlagaknya you!"


Tip #2:

Cara yang paling cliche dan boring. Pastikan anda ada RM700 di dalam bank simpanan anda, gunakan RM 300 untuk membeli tiket ke Indonesia dan tukarkan wang yang selebihnya ke Rupiah Indonesia.

Ya betul, orang gaji di rumah anda itu semua adalah Jutawan di kampung mereka kecuali jika orang gaji anda adalah dari Phillipines atau berbangsa latina (tapi I rasa you tipu, orang gaji berbangsa latina hanya ada dalam my hot latina maid dan filem-filem yang sewaktu dengannya).


Tip #3:

Tip yang paling bernas ini telah diberikan oleh Zizan (Alahhh, yang raja lawak tu). Memang sungguh berkesan dan mudah! Jangan risau, ia tidak melibatkan sebarang perniagaan MLM atau Ponzi Scheme. Anda hanya perlu mempunyai disiplin dan tahap kesabaran yang tinggi. Mudah kan? So apakah tip bernas yang I perkatakan ini?

Simpan RM 1 dalam tabung anda setiap hari, selama sejuta hari.

Memang mudah! Semua orang boleh mampu, semestinya! I amalkan tip ni. I  siap bayar lump sum RM 30 untuk sebulan.



 So now, I cuma perlu hidup selama 2740 tahun.

2 comments:

Megat Shah Hamerul said...

mak aih sini pun ada jugak -_-"

Aizul said...

Aku nak cuba cara yan ketiga. Rasanya aku akan berjaya.