December 30, 2009

Stoner.

Setelah di pujuk dengan cara yg sangat keji (reverse psychology), I telah bersetuju untuk mengikut daddy I pergi ke wedding cousinnya yang sudah berpuluh tahun dia tak jumpa.

Sampai sahaja di Parit Buntar, kami nampak ada satu wedding dan terus masuk.

Masuk masuk, pengantin sudah berada di jinjang pelamin sedang dimandikan Air mawar yang sememangnya tak bau mcm mawar langsung dan mereka dicampakkan sampah sarap daun daun apa ntah untuk berkat dengan lagu Selamat Pengantin Baru berkumandang di background nya.

Seperti guests guests lain, kami pun makan.

Sedang enak menjamu selera, seorang pak cik tua yang mukanya ala ala homer simpson datang dan approach kami.

"Encik di dari mana?" tanya pak cik tu dengan nada ingin mengorat kepada daddy I.

"Oh kami dari KL ni" jawab daddy I, macho konon jual mahal.

"Oh, encik ni belah pengantin mana?"

"Belah laki"

"Oh belah Irwan, lama tak jumpa sampai saya pun terlupa tak cam dah encik. Encik ni anak Kak Milah ka?"


Bapak I berhenti makan. Dia toleh pandang I. I pun mcm apahal lu mat? termakan cengkih ka? Pastu daddy I senyum comel.



"Ye cik"

"Oh, Kak Milah mana? dengaq pun dah tak sihat"

"Eh, Apo pulak tak sihat. Kejap lagi sampai lah tu"

"Oh la ye ke. Ok Ok. Eh jemput makan, saya masuk dulu ye".


***


"Pak, nama nenek bukan Mariah ke?"

"A ah, mungkin your uncles and aunties panggil dia Milah ke nama Glamour?"

dia buat phone call. dan kami terus berangkat pulang.


***

Wedding cousin daddy I itu adalah sebenarnya keesokan hari. Wedding yang kami attend tu adalah wedding jirannya. Kami pulang ke PJ dan tidak ke Wedding cousin daddy I itu keesokan harinya.

I rasa daddy I ni stoned. U rasa tak?

sumpah stress.

GOODNIGHT MALAYSIA!

16 comments:

Amirul Rezza said...

Lol gila malu. Yang menjadi misteri ialah siapa Milah?

Heh.

Anonymous said...

ini sangat kelakar. jauh2 dtg g makan salah tempt.free2 je makan kan?hahaha

Mo Nazmi Ahmad. said...

agak stress la sebenarnya.

Milah?

ke Mila AF tu?

jeng jeng jeng. Nenek aku rupanya.

hamerul said...

ahahahaha~mila tuh org utara gak so ada possibilities~mo, biarlah dier dgn air mawar turrr

pakcik homer simpson,cm hram

good one dowh

Anonymous said...

if i need a laugh, ur blog is the best place to go :p

Mo Nazmi Ahmad. said...

hehe :)

thank yous. :)

Aziziorama said...

gila spontan dowh abah kau mo! hahahaha! kau jangan cool sangat macam dia kay bila dah ada anak nanti! tak boleh tahannnn...!

Bart said...

ahahahahah, sumpah spontan habis

Mo Nazmi Ahmad. said...

memang dia dah lama nak sertai siri Spontan di astro tu.

adlynndiyana. said...

ya astaga, i didnt realize my sister didnt log out her account
dinie dinoe is my sister anyway :p

SarahSevier said...

hahahahaa damn, gelak cm org gila dh aku ni kat ofis!!!
hahahahahaha.

good post mo :)

Unknown said...

omg,i love yer dad.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

i dipaksa untuk check out this blog oleh seseorang yang claim dirinya selalu di-check out oleh gadis-gadis.

Mo Nazmi Ahmad. said...

sapa dowh?

dyana hanni said...

mo, nak number your dad bleh?

;p