January 13, 2011

Kes ragut di bangsar.

"Tolong tolong! Pencuri!"

Gadis kecil molek itu menjerit sekuat hati. Dia berada di sebuah cafe yang sememangnya ramai jejaka dan gadis yang hip lepak.

"Somebody help me! please! thief thief!!"

Dia jerit sekali lagi, kali ini dalam bahasa inggeris. Kemungkinan besar dia menggunakan bahasa inggeris untuk menunjukkan dia seorang bangsar chick.

Ramai lelaki cuba untuk membantu. Ikhlas atau tidak, itu kita tak tahu kerana gadis ini memang seorang rupawan. Barangkali dia ni pengguna produk produk sorang doktor kacak yang sememangnya laris dan popular dengan movie box officenya yang pecah panggung.

Gadis itu menceritakan yang ada orang telah mencuri barangnya. Barang yang tak terhingga nilainya. Dalam kata lain, priceless lah.


I jual mahal. Okay mungkin tidak jual mahal tapi I tau she's way out of my league. Jadi buat apa susah susah nak cuba mengkaguminya.



I buat tak tahu, endah tak endah. Sememangnya Kopi Jantan yang sedang I hirup ni sedap sehingga menusuk kalbu dan jiwa nurani ku.

Mereka lalu di sebelah saya apabila tiba tiba gadis itu berhenti.

I terkejut.

"Apahal pulak?" I terfikir di dalam otak I.

"Dialah pencuri tu! Saya pandang pandang dia saya nampak dia ambil barang saya itu!"

"Weh minah yang kononnya bangsar tetapi sebenarnya pantai dalam (ada perbezaan), bila masa I curi barang you? I kat sini minum kopi RM 7.00 I ni je" I jawab dengan tenang dan gentleman.

Jejaka jejaka yang berada di sekelilingnya hairan. Seorang daripada mereka, yang rupanya sebiji macam shah rukh khan bertanya kepada gadis itu.

"Did he miss? what did he steal from you?" dengan nada yang flirtatious gitu.
"WHAT THE HELL DID U STEAL FROM HER, YOU PIECE OF .... (isikan sendiri, hint, sememangnya bukan roti canai atau capati)" dia menjerit kat I, untuk menunjukkan dia sebenarnya kuat.

"I don't know, really. I was here all along" I jawab dengan accent British.

"Sugar Pie, what did he steal from you?" jejaka itu bertanya sekali lagi kepada gadis itu. Nyampah I, tak kuasa mak melayan.

"He stole my heart". Perempuan itu jawab dengan malu, sambil tersenyum sipu.

9 comments:

qi said...

haha. it was a really unexpected ending.

izzati noris said...

cheh. sampai kat "menunding jari" je i dah agak dah.

wafa azman said...

hahahaha~ kat tgh2 crite dh bleh agak curi ape..hehe~
nice! ;D

Anonymous said...

LOL..mmg x bleh blah..

Aizul said...

Apakah jejaka ala2 shah rukh khan tersebut akan belanja ko roti canai atau capati selepas kejadian tersebut?

Unknown said...

hahahaha..
nyampah i.

Anonymous said...

citer ko mmg palat mo!

Mo Nazmi Ahmad. said...

ahha siapakah anda cik anon?

namivamp said...

dem,,u r reaay good man. i hate you,but yet u make me laugh hard