December 30, 2011

Teka-teki Resolusi Tahun Baru.

Ok ok.




"Sebelum kita keluar rumah, kita kena tutup apa?"

"Tutup lampu. Tutup pintu. Tutup semua barangan elektrik. Kita kena pastikan semua benda ditutup."

"Lagi?"

"Lagi? Kena tutup apa lagi?"

"Tutup aurat."


*



Sentap tak? Ahah!



Selamat Tahun Baru, friends.


Resolusi I untuk tahun 2012 adalah, to prove that the mayans are wrong.

December 29, 2011

Kelas menjadi Gentleman: Larangan seorang Gentleman.

Hi. I ponteng kerja hari ni. (Saja nak berlagak).

ok.


Anyway, I tengok sekarang sudah tak ramai orang lelaki yang merupakan gentleman. Ejaan adalah sangat penting bila kita nak bercakap pasal gentleman.

Gentleman (ejaan tanpa space) bermaksud :
Seorang jejaka budiman yang pandai membawa diri.

Gentle man (space di antara gentle dan man) bermaksud :
Lelaki lembut.


Anyway. Tip untuk menjadi seorang gentleman no.1:

Selalu bersedia untuk mendengar luahan hati seorang wanita.

Seorang gentleman harus menjadi seorang good listener. Selepas mendengar luahan wanita, jangan kita kata benda-benda yang tak patut dikatakan.

Ni contoh benda yang dilarang dijawab oleh seorang gentleman :

Perbualan seorang gadis bersama teman lelakinya.


"Sayang, U tau, boss I ni macam haram. Lepas tu semalam I makan aiskrim I rasa gemok. Baju I tak muat. I nampak gemuk kan? U rasa I cantik tak? U sayang I tak? Ear rings I hilanglah. U tau tak kawan I husna nak kawen esok? Dia dah la bitch, ada hati nak kawen. Eh U dah tengok gossip girl semalam? I loike...bla bla bla bla bla...."

Ok, seorang gentleman akan mendengar dan cuba memberi nasihat atau pandangan.

"Hun (sebutan han, short for honey), U relaks ok? Janganlah serabut sangat kepala U."

"Hun? Awwww my boyfriend is so sweet. I suka bila U panggil I Hun. Hun untuk honey kan? I memang manis macam honey kan?"

Memang! Kaum wanita, bila dah tahu pun nak tanya lagi! Tetapi adalah dilarang sama sekali untuk seorang gentleman menjawab macam ni.

"Bukan. Hun untuk Hanjeng. Kau bising sangat, macam hanjeng"



Jawapan seperti ini adalah dilarang sama sekali! Elakkan daripada menjawab macam ni. Kalau tak nak jawab, anda terus on lagu Adele dan nyanyi sekali. Women love Adele (tengok! I tak cakap bitches love Adele, sebab I seorang Gentleman.)



Semoga anda dapat memanfaatkan pelajaran kita pada hari ini.

Serlahkan ke-gentleman-nanmu.

December 26, 2011

Salam 1 Malaysia.

Hi.



I pelik dengan dunia politik sekarang. Banyak sangat main kotor. I pun tak tau sapa betul atau tidak. Kawan-kawan journalist I selalu tanya I soalan ni.


"Kau sokong parti apa? Pembangkang ke Pemerintah?"

Susah tau nak menjawab soalan ni. Kalau I jawab Parti Pembangkang, mereka yang menyokong Parti Pemerintah akan mula brainwash I. Kalau I jawab Parti Pemerintah pula, mereka yang menyokong Parti Pembangkang akan brainwash I.


Otak I dah cukup bersih, I tak suka dibrainwash.


So, I selalunya akan jujur memberi jawapan. I akan menjawab dengan jujur dan ikhlas.


"I sokong Parti Buih."


Who's with me!? PARTI BUIH!



Tak kira la apa pilihan kita dari segi Politik, tapi we're all Malaysians.


Merry Christmas, friends!

December 13, 2011

Muzik dari Korea! Memang sedap!

Selasa.


Semalam, kereta I hantar servis, jadi I kena naik Bas ke LRT.

Biasalah dalam bas, ramai manusia, banyak ragamnya.

I duduk sebelah budak ni. Dia pakai jaket leather. Rambut pacak-pacak. Kasuk brand supra. Sekali pandang, sudah tau dia ni nak join band Max 24/7. Dia siap bercelak. I tak tegur, sebab mak I selalu pesan.
"Kalau nampak benda pelik, jangan tegur".

I pun duduk diam. Tiba-tiba dia kata sorry. I terkejut, pehal tiba-tiba minta maaf? Oh rupanya dia sedang menyanyi lagu 'sorry' oleh Super Junior. I pun continue buat tak tahu.


Tiba-tiba, dia mula bercakap dengan I.

"Bang, bang nak pergi mana?"

"Oh, saya nak pergi kerja."

"Nape abang pakai baju macam ni? Tak payah pakai tie ke?"

"Oh saya penulis iklan, tak payah pakai macam tu. Nape adik pakai baju macam ni? Nak pergi Korea ke?"

"Eh tak der la. Saya pakai macam ni sebab suka K-Pop. Abang suka K-Pop?"


Berani dia tanya I soalan macam tu.


"Tak, saya tak suka K-Pop. Saya suka K-Pap"

"K-Pap? Apa tu bang?"

"K-Pap, Kari-Pap. Lagi sedap daripada K-Pop. Adik kena cuba!"

K-Pap. Lagi sedap daripada K-Pop. #Fakta

December 10, 2011

Teka-teki penyeri Stress-turday. (Original)


Ok ok, kalau anda jenis yang senang stress, teka-teki ini bukanlah untuk anda.



Ok.


Petani zaman 70'an-90-'an suka tuai padi (seperti di atas).
Petani zaman sekarang suka tuai apa?











*







**









***









Jawapannya.
Petani zaman sekarang suka...

Tuai light (Twilight).



Ye tahu tak kelakar. Sapa cakap kelakar? Eleh..

December 4, 2011

Filem terbaru I. Parodi.

Hi.


Inilah dia filem Ombak Rindu versi mo nazmi ahmad.

Saksikan di pawagam berhampiran anda.

Akan datang.



Ong Bak Rindu.

"Di sebalik keganasan, tersemai kerinduan."

Filem ini mengisahkan tentang seorang jaguh Muay Thai dari Thailand yang bercinta dengan seorang gadis dari Malaysia. Dia menggunakan kehebatannya dalam Muay Thai untuk melawan rindu (no idea how). Adakah beliau akan berjaya ke jinjang pelamin? Kita tunggu dan lihat.


Jangan tunggu, takkan keluar pun cerita ini kat pawagam berhampiran atau berjauhan anda.