December 13, 2011

Muzik dari Korea! Memang sedap!

Selasa.


Semalam, kereta I hantar servis, jadi I kena naik Bas ke LRT.

Biasalah dalam bas, ramai manusia, banyak ragamnya.

I duduk sebelah budak ni. Dia pakai jaket leather. Rambut pacak-pacak. Kasuk brand supra. Sekali pandang, sudah tau dia ni nak join band Max 24/7. Dia siap bercelak. I tak tegur, sebab mak I selalu pesan.
"Kalau nampak benda pelik, jangan tegur".

I pun duduk diam. Tiba-tiba dia kata sorry. I terkejut, pehal tiba-tiba minta maaf? Oh rupanya dia sedang menyanyi lagu 'sorry' oleh Super Junior. I pun continue buat tak tahu.


Tiba-tiba, dia mula bercakap dengan I.

"Bang, bang nak pergi mana?"

"Oh, saya nak pergi kerja."

"Nape abang pakai baju macam ni? Tak payah pakai tie ke?"

"Oh saya penulis iklan, tak payah pakai macam tu. Nape adik pakai baju macam ni? Nak pergi Korea ke?"

"Eh tak der la. Saya pakai macam ni sebab suka K-Pop. Abang suka K-Pop?"


Berani dia tanya I soalan macam tu.


"Tak, saya tak suka K-Pop. Saya suka K-Pap"

"K-Pap? Apa tu bang?"

"K-Pap, Kari-Pap. Lagi sedap daripada K-Pop. Adik kena cuba!"

K-Pap. Lagi sedap daripada K-Pop. #Fakta

8 comments:

sizuka said...

yezza.itu fakta bukan auta!~

Atikah Hajar said...

Kari kari kari pap! kari pap ayam! memang sedap K-Pap!

Anonymous said...

C-PAP lagi sedap dari K-POP dan K-PAP

najwa aminah abas said...

haha.. "nampak benda pelik jangan tegur" lawak laaa....

anonymous tak funny.~

reen said...

ohsome!

eyezoudean said...
This comment has been removed by the author.
eyezoudean said...

this entry was amazingly awesome~!

Mo Nazmi Ahmad. said...

Why thanks, saudara.