Hi. I ponteng kerja hari ni. (Saja nak berlagak).
ok.
Anyway, I tengok sekarang sudah tak ramai orang lelaki yang merupakan gentleman. Ejaan adalah sangat penting bila kita nak bercakap pasal gentleman.
Gentleman (ejaan tanpa space) bermaksud :
Seorang jejaka budiman yang pandai membawa diri.
Gentle man (space di antara gentle dan man) bermaksud :
Lelaki lembut.
Anyway. Tip untuk menjadi seorang gentleman no.1:
Selalu bersedia untuk mendengar luahan hati seorang wanita.
Seorang gentleman harus menjadi seorang good listener. Selepas mendengar luahan wanita, jangan kita kata benda-benda yang tak patut dikatakan.
Ni contoh benda yang dilarang dijawab oleh seorang gentleman :
Perbualan seorang gadis bersama teman lelakinya.
"Sayang, U tau, boss I ni macam haram. Lepas tu semalam I makan aiskrim I rasa gemok. Baju I tak muat. I nampak gemuk kan? U rasa I cantik tak? U sayang I tak? Ear rings I hilanglah. U tau tak kawan I husna nak kawen esok? Dia dah la bitch, ada hati nak kawen. Eh U dah tengok gossip girl semalam? I loike...bla bla bla bla bla...."
Ok, seorang gentleman akan mendengar dan cuba memberi nasihat atau pandangan.
"Hun (sebutan han, short for honey), U relaks ok? Janganlah serabut sangat kepala U."
"Hun? Awwww my boyfriend is so sweet. I suka bila U panggil I Hun. Hun untuk honey kan? I memang manis macam honey kan?"
Memang! Kaum wanita, bila dah tahu pun nak tanya lagi! Tetapi adalah dilarang sama sekali untuk seorang gentleman menjawab macam ni.
"Bukan. Hun untuk Hanjeng. Kau bising sangat, macam hanjeng"
Jawapan seperti ini adalah dilarang sama sekali! Elakkan daripada menjawab macam ni. Kalau tak nak jawab, anda terus on lagu Adele dan nyanyi sekali. Women love Adele (tengok! I tak cakap bitches love Adele, sebab I seorang Gentleman.)
Semoga anda dapat memanfaatkan pelajaran kita pada hari ini.
Serlahkan ke-gentleman-nanmu.
2 comments:
mojo mmg gentle 'half space' man!
Hahahah! Touché, sir!
Post a Comment