January 18, 2012

Ampun, Permaisuriku.

Hello.


I nak ke wedding kawan I.

Sebagai seorang lelaki, ia hanya mengambil masa selama 10 minit untuk siap, Girlfriend I pula mengambil masa selama 10 jam (no shit).

I janji akan mengambil dia kat rumah dan pergi sekali ke wedding tu. Sebab apa I janji, U tanya? Sebab I gentleman. #TipGentleman

I sampai-sampai di rumah dia, dia suruh I masuk rumah dulu. Obvious gila dia belum siap, kan? Atau mungkin ada adik perempun dia minat kat I, dan adik dia suruh I masuk sebab adik dia nak cuci mata? Ha that must be it.

I dah agak dah! Dia tak tahu nak pakai baju apa.

Perempuan memang selalu rasa insecured, setuju tak? Dorang rasa dorang tak cantiklah, gemoklah, badan berbaulah, muka tak sama macam Jennifer Aniston lah, jambang terlupa nak cukurlah, lupa nak cukur kening macam Frida lah dan macam-macam lagi.


***


"Sayang, I rasa I dah gemuk lah."

"Aiyo, Taklah. Cepattt, nanti kita lambatttt..." I mengeluh.

"Baju ni buat I nampak gemok tak?"

"Tak lah. Mana ada. U nampak cantik sangat, U cantik bagaikan seorang Queen ok!"

"Ye ke? U ikhlas cakap macam tu?"

"Ikhlas... U sebiji macam Queen Latifah."

"Baby kau mo."


***


I rasalah dia kata baby, takkan babi kot? Ada ke orang nak cakap babi kat I? Tak logik, bukan?

3 comments:

sizuka said...

haha..

baby ker? mcm takk jer.

Mo Nazmi Ahmad. said...

Mestilah baby kannn? Nape tidak pula?

Megat Shah Hamerul said...

scarlett-johansson. ok, sure