January 20, 2012

Tip Gentleman: Pikat Line.

Hi.

Seorang gentleman harus pandai bermain dengan kata-kata. Terutama sekali bagi gentleman yang kurang kacak. Mulut anda haruslah cantik.


Ok mari kita cuba satu line yang I telah reka. Bila nampak wanita yang anda minat, sila tegur dia dan tanya dia soalan yang serious (bukan teka-teki).

Masa tanya soalan ini, anda mesti nampak cool, konfiden, wangi (penting!), tiada cili di celah-celah gigi anda dan bulu hidung tak terkeluar dari hidung.

Bila sasaran dah dikenalpasti, terus bertanya ini:


"Cik! cik! Minta maaf mengganggu, tapi saya nak tanya satu soalan kepada awak."

"Ya?"

"Awak tahu tak kenapa I bersyukur sangat jadi seorang lelaki?"

"Tak tahu, kenapa?"

"Saya bersyukur jadi lelaki, sebab adanya perempuan macam awak."

Selepas itu, senyum, dan terus blah. Jangan pandang belakang! Act cool.


Ok, jadi apa pandangan U olls terhadap ayat ini?
Berkesan, atau tidak?


Selamat mencuba!

2 comments:

izzah as watakutama said...

ahaha. kelakarlah. last2 perempuan tue tak heran langsung sebenarnyer. ahaha

Megat Shah Hamerul said...

susah sikit lah guna line ni Mo.