August 25, 2013

Raya Gemok



Memandangkan sekarang I dah bekerja sebagai seorang penulis iklan (copywriter bak kata omputeh), I cuba menulis iklan yang sebodoh blog ini. So I nak share salah satu daripada hasil kerja I yang bodoh.

Iklan Udang KFC (klik)


Sorry I agak lama hilang dari blogosfera ini (kalau korang perasan la. I pun bukan nya artis nak ada orang minat pun). I tak banyak update kerana kebodohan I banyak disalurkan ke dalam kerjaya I.

Anggaplah iklan yang I tulis ala ala posting untuk blog ni ok?


Oh dan I pun ada muse baru.

Nah.

Kisah-kisah Teman Wanitaku (klik)


Ha pi try visit page tu tengok macam mana.



Dan masih tak terlalu lambat untuk I ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

May 21, 2013

Sepucuk surat yang amat bermakna.



Ke hadapan dinda yang ku sayangi,


Dua kali. Lepas tu ke sebelah kiri dua kali. Lepas tu ke belakang pula dua kali, ke depan sekali lagi, ke belakang sekali, kemudian ke hadapan sebanyak dua kali lagi. Ulang semula langkah-langkah tadi. Dan inilah, dindaku, cara kita menari poco-poco.

Kanda yang ikhlas mengajar,

Mo.


***


Sebenarnya, apakah maksud 'Ke hadapan dindaku' yang telah kita diajar masa di sekolah dulu?


Oh yes.

May 13, 2013

Pekerja-pekerja Ambank.



Pernah tak dengar peraturan di mana, kalau U nak kerja di sesuatu tempat, U kenalah bertunang?

Pelik kan?


Tapi I rasa itulah prinsip Bank milik bapa Mizz Nina, Ambank.

I ada satu hujah yang kukuh untuk menyokong hujah ini.


Kenapa I bentangkan hujah ni?


Sebab everytime I call Ambank, mesti mesin tu kata,

"All our officers are engaged."

Every single time.




I call nak tanya pasal loan rumah, bukan nak masuk minang. Siapa kisah your officers are engaged ke tak? Kawan I yang dah engaged setahun setengah pun tak kecoh.

Mentang-mentanglah I single, suka tau main dengan perasaan I.



Sheesh!



April 24, 2013

Hai hai hai!

Hi u olls!

How have you been? Lama gils I tak update blog.

Ada orang masih membaca blogs ke?

Tu soalan serious. Jawablah hoi.