I tengah duduk main game COD Black Ops (Sumpah best), tiba-tiba I dengar orang berbunyi.
"weh"
Weh. I tak kenal sapa itu weh. So I diam sahaja.
"Weh"
Kali kedua. Sapakah gerangan weh ini? Kenapa dia pekak tak dengar orang panggil dia? I buat diam sekali lagi.
Tiba-tiba ada orang datang kat I, sambil mengujuk jarinya di bahu I. Bapa I rupanya.
Jadi I pandang.
"Ha?"
Dia tidak berkata apa-apa. Cuma melakukan aksi ini.
Pelik.
"Apahal? Duit apa?" I memberontak, suara kuat kuat slow. Kuat, tapi tak cukup kuat untuk dianggap sebagai anak derhaka.
"Duit hutang masa kau kat hospital. Ingat Free? Sebok sangat nak keluar dari perut mak kau. Melepas kasut nike aku nak beli tu tak? Lama gila kot aku simpan duit nak beli kasut nike. Kasut nike yang kumahukan, anak laki yang kudapat."
:(
*Lagu Iklim - tidak ku pinta bermain secara loop di komputer*
"tidak ku pinta, lahir ke dunia"
1 comment:
serious ke bapak you cakap mcm tu?
hehehe..kelakar pun ade gak..
Post a Comment