“Baby, baby, baby ooohhhh! I’m like baby, baby, baby noooooo! KELEPAP!” Tu bunyi alarm di telefon bimbit I. I terpaksa pasang lagu itu kerana ia akan membuatkan I sangat menyampah, lalu tidak akan menekan butang snooze. Bak kata pepatah, "the snooze button is the root of all evil". Oh dan ‘KELEPAP!’ tu adalah bunyi telefon I dihempuk.
Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Nasib baik sempat bangun. “Just in time for sahur,” I berkata kepada diri sendiri. Hidup I sedih. I duduk di bawah tangga (ada ruang kat bawah tangga) dengan Ibu dan Bapa angkat I. I keluar dari bilik I, mereka sedang menjamu selera. “Heri, kau bangun lambat. Sorrylah makanan dah habis. Bangunlah lambat lagi,” Ibu angkat I sindir.
Oh and by the way, nama I Heri, Heri Patel.
I berdarah kacukan. Bapa kandung I berasal dari Indonesia. Namanya sangat indah, Heriyanto Pamungkas Wali Bin Kasanova. Ibu I pula, adalah pelakon Bollywood yang masyhur. Amisha Patel namanya (Google kalau tak kenal). Dia sangat menawan, I benci bila orang panggil Ibu I ‘MILF’. Kalau I panggilnya MILF, tidak apa. Kerana bagi I, ‘MILF’ bermaksud ‘the Mother I’ll Love Forever’ (this is the part where you guys go, Awwwwwwww). Jadi, nama I sebenarnya adalah gabungan nama kedua Ibu Bapa kandung I.
Pada hari jadi saya yang ke 12 (kot?), I telah berjumpa dengan gergasi mini. Nama dia Haggard. Haggard menceritakan bahawa I sebenarnya adalah seorang ahli sihir. I terkejut. Wujudkah dunia sihir yang diperkatakan ini? Nak dipendekkan cerita, 3 minggu selepas kejadian itu, I tiba di sekolah baharu I, Sekolah Sihir dan Sifir Siti. Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama pengasasnya, yang tiba-tiba hilang secara misteri.
Sekolah ini sangat menakjubkan, siap ada penyapu terbang! Masa kat rumah keluarga angkat I, penyapu terbang hanya wujud apabila Ibu angkat I mengamuk kat I, dan penyapu tu secara automatik terbang ke arah I. Ok itu cerita lain.
Masalah I bermula bila I berjumpa dengan satu keluarga di mana kesemua anaknya bersekolah di sekolah I itu. Mereka adalah,
the Kalens.
1 comment:
Mo. A Rowling @ J.K Rowling
Post a Comment