August 18, 2011

Why so serious?

Rabu.


I on the way nak pergi kerja. Seperti biasa, I naik LRT.

I duduk sebelah minah yang berpakaian serba hitam. Agak menarik.
I pun cubalah nak create conversation.

"Hi, hitam hari ni. Macam Batman bertudung. hehe" I cuba crack a joke, tetapi lame gila.

Dia tak berkata apa-apa. Dia hanya senyum.

"So, you kerja apa?" I tanya lagi.

"I lawyer" Dia jawab, serius.

Ok part ni I nampak peluang untuk I buat dia ketawa. Kalau dia ketawa, mesti lepas tu I akan dapat phone number dia. So I gunakan otak I ni untuk mencari jawapan yang boleh buat dia ketawa. Dan I terjumpa satu jawapan yang sememangnya mustahil untuk orang tidak ketawa bila mendengarnya.





"U loya? Kenapa? U pregnant eh?"

Kelakar kan? Kelakar kan?


Awkward silence.

I tak tahu la dia dah sampai destinasinya atau tidak, tapi di stesyen yang berikutnya, dia telah turun.

"Next Station, Abdullah Hukum"

Oh hukum lah I.


4 comments:

Umie Artoqiemie said...

hahahaaha..
tu la kacau lagi lawyer..

ainie syeema said...

nnti dia heret u ke court atas dakwaan bergurau tidak kena tempat. hhehehe

I'm THE ugly duckling said...

Hahaha!!

cik fatihah said...

kahkahkah