July 10, 2012

Buanglah Sunglasses sebelum Sunglasses dibuangkan.

I cukup pelik orang yang pakai sunglasses dalam pusat membeli-belah. I tak faham, kalau itu adalah satu 'fashion statement', maknanya 'statement' itu adalah palsu.


Satu hari, di Sunway Pyramid. I dah cukup marah, jadi I terus approach seorang mamat ni.


Rambutnya spiky, baju polo kolar diangkat ke atas, berrantai besi, dan pastinya, bersunglasses.

I terus tanya dia.

"Bro, lu pehal pakai sunglasses dalam shopping mall ni?"

"Suka hati gua lah. Kita kan kat pyramid. Kat pyramid kat panas. Biasalah orang pakai sunglasses masa ambil gambar dengan piramid."

"Tapi tu kat pyramid di Egypt. Bukan Sunway Pyramid."

"Sunway Pyramid, Egypt Pyramid, same difference lah bro."

***


Kat One Utama pun I ada tanya seorang mamat ni. Dia ala-ala hipster skit.

"Bro, asal kau pakai sunglasses dalam mall bro?"

"Cerah sangat bro."

"Hotak kau cerah. Apa yang cerah sangat?"

"Masa depan aku, bro!"




Facepalm, bro.

June 16, 2012

Semalam, I telah ke Subang dengan kawan dari Indonesia.

Di sebuah kawasan perumahan kat situ, ada ramai orang yang mengerumuni sebuah rumah.


Rumah tu adalah kilang dadah. So memang banyak polis kat depan rumah tu.

Penjenayah semua masih di dalam rumah tersebut. Sebelum polis boleh bertindak, mereka mesti cuba negotiate dengan penjenayah tu.

"Serah diri! Kau semua dikepong!" Inspektor tu jerit.


Kawan I dari Indonesia tu rasa hairan. Dia kelihatan Dumbfounded. Dia tak senang duduk, bingung dan runsing. Tiba-tiba dia kata...

"Di Kepong? Ini bukan Subang ya?"







Selamat tengah hari, Malaysia.

May 7, 2012

Who wants to be a Millionaire? Jeng Jeng Jeng.

Tips menjadi Jutawan (efektif).

Semua orang ingin menjadi seorang jutawan. Ingin kereta yang besar, girlfriend setaraf Fazura & Nora Danish, pakaian berjenama Hermes, Salvatore Ferragamo dan jenama-jenama lain yang namanya susah untuk disebut. Sesetengah orang bernasib baik kerana mempunyai seorang ayah atau datuk jutawan, tetapi bagi kita yang tidak begitu bernasib baik, boleh la mandi bunga, untuk menambahbaikkan nasib kita. Berikut adalah tip yang bakal mengubah hidup anda!



Tip #1:

Jikalau nama anda adalah Abdul Majid bin Ghani, sila ke pejabat pendaftaran negara dan tukar nama anda menjadi Jutawan bin Ghani. Ini adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk menjadi Jutawan. Bayangkan di office:

"Hi, saya Megat, nice to meet you."

"Hi, saya Jutawan, nice to meet you too."

Bukan itu sahaja, isteri anda juga akan turut berasa gembira. Bayangkan ketika 'Tupperware Party' yang diadakan di penthouse kawan isteri anda:

"Husband I, Syafiq, memang banyak duit."

"Husband I, Jutawan, tak der lah banyak sangat duit."

"Jutawan tak banyak duit? Berlagaknya you!"


Tip #2:

Cara yang paling cliche dan boring. Pastikan anda ada RM700 di dalam bank simpanan anda, gunakan RM 300 untuk membeli tiket ke Indonesia dan tukarkan wang yang selebihnya ke Rupiah Indonesia.

Ya betul, orang gaji di rumah anda itu semua adalah Jutawan di kampung mereka kecuali jika orang gaji anda adalah dari Phillipines atau berbangsa latina (tapi I rasa you tipu, orang gaji berbangsa latina hanya ada dalam my hot latina maid dan filem-filem yang sewaktu dengannya).


Tip #3:

Tip yang paling bernas ini telah diberikan oleh Zizan (Alahhh, yang raja lawak tu). Memang sungguh berkesan dan mudah! Jangan risau, ia tidak melibatkan sebarang perniagaan MLM atau Ponzi Scheme. Anda hanya perlu mempunyai disiplin dan tahap kesabaran yang tinggi. Mudah kan? So apakah tip bernas yang I perkatakan ini?

Simpan RM 1 dalam tabung anda setiap hari, selama sejuta hari.

Memang mudah! Semua orang boleh mampu, semestinya! I amalkan tip ni. I  siap bayar lump sum RM 30 untuk sebulan.



 So now, I cuma perlu hidup selama 2740 tahun.

May 6, 2012

Bra (peminat bola sepak)




Setelah memenangi perlawanan semalam, pemain chelsea telah memasuki sebuah kedai bra di Liverpool. Bila jurujual kedai tersebut bertanya,


"Yes, what bra are you looking for? B cup, C cup?"


Mereka menjawab,


"FA Cup."




Tahniah Chelsea atas kemenangan anda semalam!




April 23, 2012

Tahukah Anda?

Hi. Tahukah anda, penyakit Resdung itu asalnya dari Indonesia?

Pada tahun 1965, seorang rakyat Malaysia telah ke Indonesia atas urusan kerja. Kerjanya sangat berat dan dia selalu keletihan. Dan dia selalu rasa sakit-sakit pada mukanya dan sesak nafas.

 Jadi, dia membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat doktor.

"Mas doktor, saya sakit-sakit di hidung. Apa sakit saya ya?"

"Kamu keja terlalu kuat."

"Saya sakit apa ni, mas? Apa yang patut saya buat?"

 "Kamu rest, dong"

 "Saya resdung?"

Ha, begitulah resdung mendapat namanya.
Jadi selepas ini, kalau ada soalan sejarah form 5, I pasti korang semua boleh menjawab dengan cemerlang!

Selamat Berjaya!

February 17, 2012

Sambil menyelam, minum air.

Pickupline.


***

Pickupline ni sesuai untuk abang-abang yang cool dan selalu ke Starbucks atau café kopi yang mahal-mahal (Mata ke atas, tangan ke bahu).
Bila dah kenal pasti target. U olls kena berlakon macam tengah mengamuk.


“Aku hauslah! Cepatlah! Aku nak beli air. Dahaga, tahu tak!”

“Ye cik, maaf, cik nak minum apa?”

“Maaf apa? Aku haus tau! Dari tadi aku dahaga! Kau buat tak tahu je.”

“Maaf, cik. Cik nak minum apa?”

“Sudahlah, aku dah tak nak minum!”

“La, tadi dahaga sangat, sekarang tak nak minum pula.”

“Aku masih dahaga, aku dahagakan cinta mu, wahai bidadari.”


Pikatline ini juga berkesan untuk awek anda. Kalau nak reignite the fire, gittew.



***


Damn.

I tak tahu mengapa, tetapi I rasa macam nak termuntah bila dah habis tulis post ni. Adakah korang rasa nak termuntah juga?

February 4, 2012

Ambition (jangan bazir masa U olls).

Yes.



Sebuah komik yang membazir masa.







Pernah tak U olls alami detik-detik macam "What the heck did I just write?".

I tengah alami benda tu sekarang. Like, right now.

****


So, berjayakah dia merealisasikan impiannya?

Jangan bazir masa nak tahu jawapannya. <-- Klik la kalau degil nak tahu jugak.

February 2, 2012

Tegur-menegur, amalan mulia.

Hi.



Kawan I, Syazwan (nama mesra Wan), benci bila I tegur dia.
Setiap kali I tegur dia, mesti I kena maki. EVERYTIME.


Tapi memandangkan I seorang gentleman yang hidup dengan penuh chivalry, I akan tetap tegur dia. Lagipun, tegur menegur kan adalah amalan yang mulia?


So everytime I jumpa Wan, ini yang sering terjadi.



"Hi Wan!"

Dia tidak akan menjawab.

"Hi Wan!"

Dia masih membisu.

"Wan! Hi Wan!"

"KEPALA HOTAK KAU! SEJAK BILA AKU JADI HAIWAN HA?"




Ala, bergurau pun tak boleh, memang macam haiwan.

January 20, 2012

Tip Gentleman: Pikat Line.

Hi.

Seorang gentleman harus pandai bermain dengan kata-kata. Terutama sekali bagi gentleman yang kurang kacak. Mulut anda haruslah cantik.


Ok mari kita cuba satu line yang I telah reka. Bila nampak wanita yang anda minat, sila tegur dia dan tanya dia soalan yang serious (bukan teka-teki).

Masa tanya soalan ini, anda mesti nampak cool, konfiden, wangi (penting!), tiada cili di celah-celah gigi anda dan bulu hidung tak terkeluar dari hidung.

Bila sasaran dah dikenalpasti, terus bertanya ini:


"Cik! cik! Minta maaf mengganggu, tapi saya nak tanya satu soalan kepada awak."

"Ya?"

"Awak tahu tak kenapa I bersyukur sangat jadi seorang lelaki?"

"Tak tahu, kenapa?"

"Saya bersyukur jadi lelaki, sebab adanya perempuan macam awak."

Selepas itu, senyum, dan terus blah. Jangan pandang belakang! Act cool.


Ok, jadi apa pandangan U olls terhadap ayat ini?
Berkesan, atau tidak?


Selamat mencuba!

January 18, 2012

Ampun, Permaisuriku.

Hello.


I nak ke wedding kawan I.

Sebagai seorang lelaki, ia hanya mengambil masa selama 10 minit untuk siap, Girlfriend I pula mengambil masa selama 10 jam (no shit).

I janji akan mengambil dia kat rumah dan pergi sekali ke wedding tu. Sebab apa I janji, U tanya? Sebab I gentleman. #TipGentleman

I sampai-sampai di rumah dia, dia suruh I masuk rumah dulu. Obvious gila dia belum siap, kan? Atau mungkin ada adik perempun dia minat kat I, dan adik dia suruh I masuk sebab adik dia nak cuci mata? Ha that must be it.

I dah agak dah! Dia tak tahu nak pakai baju apa.

Perempuan memang selalu rasa insecured, setuju tak? Dorang rasa dorang tak cantiklah, gemoklah, badan berbaulah, muka tak sama macam Jennifer Aniston lah, jambang terlupa nak cukurlah, lupa nak cukur kening macam Frida lah dan macam-macam lagi.


***


"Sayang, I rasa I dah gemuk lah."

"Aiyo, Taklah. Cepattt, nanti kita lambatttt..." I mengeluh.

"Baju ni buat I nampak gemok tak?"

"Tak lah. Mana ada. U nampak cantik sangat, U cantik bagaikan seorang Queen ok!"

"Ye ke? U ikhlas cakap macam tu?"

"Ikhlas... U sebiji macam Queen Latifah."

"Baby kau mo."


***


I rasalah dia kata baby, takkan babi kot? Ada ke orang nak cakap babi kat I? Tak logik, bukan?

Nok nok gittew.

Ok

Mula-mula, U mesti cari awek yang sporting la. Yang nampak tak sombong ok. Then u pergi kat dia, main permainan "Knock Knock."

"Knock knock!"

Pastikan dia jawab. If dia tak jawab. Mungkin badan U berbau.

"Who's there?"

"Haiwan"

"Haiwan who?"

"Haiwan to spend the rest of my life, loving you."

Reaksi yang dijangkakan? "Awwwwwwww...."


Selamat mencuba!