April 6, 2011

My love story. Sad but true.

"You lambat. I dah tak boleh tunggu. Usia I dah lanjut!" dia jerit. Air mata membasahi pipinya. Kami bergaduh buat ke sekian kalinya. Dia bukan seorang penyabar. Semuanya harus di lakukan dengan kadar segera. Such a perfectionist.

"You, sabarlah you. I tahu, you memang mampu untuk sara kita, tapi at least tunggulah I dah kerja. Tak ada lah you dipandang seperti sugamommy I. I nak you di pandang as the mommy to my kids" I terangkan secara lembut. Sweet talker I ni, I know.

Dia terus berpaling ke arah lain. Dia bercakap sambil I belakangnya.

"Kalau you tak propose I right now, young man, right now, I akan terima lamaran seorang Dato'". Dia kini tidak menangis lagi. Dapatku rasa ketegangan di dalam suaranya. "Dato? What Dato? Dato M. Daud Kilau proposed? Are you frickin' kidding me?" I decided to use the word frickin', kerana walaupun kami bergaduh, I tetap hendak menampilkan imej seorang gentleman, because that's who I am. "Dato M. Daud Kilau? Lame" dia jawab, muka bosan memang patut kena selipar.

"Then, tell me, who proposed? Who? Who? Bung Mokhtar? Dia baru kahwin kot!" I minta penjelasan. "HA HA!" dia ketawa sinis. "I'm sorry, but there's a reason why you tak lepas audition Raja Lawak. Kau ingat kau lawak ke ha? Bung Mokhtar tengkorak you." Dia jawab, muka selenga. "The name's Kay, Dato Kay," dia memberitahu, penuh gaya dan keanggunan.

"Dato' Kay? What the hell CT!" Ya, nama dia CT Anne Urhaliza. "Who is that? where did you meet him?" I tanya, badan I menggigil. I sangkakan I marah, rupa-rupanya I kat London. Sebab tulah I menggigil sebenarnya.

"I met him on Facebook. You know, the page where you have your own fanpage with 1000000 fans?" I mengaku. Memang ada orang buat fan page I. I tak tahu siapa. Yang peliknya, fans I memang ramai! "Oh really? Apa yang dia ada yang I tak der CT?"

"Misai!" Waktu itu, I dah give up. There's no way I could grow a moustache (true story). I sedih dan kecewa.

"It's ok dear, I'm sure you'll find miss perfect," tambahnya lagi.
I hanya mampu terdiam.

*

I di tinggalkan seorang diri di atas the London Bridge. Dato' Kay datang menjemputnya dengan sebuah BMW 5 series. Di dalam keretanya, dia membawa sekotak strawberry bersalut coklat. I terima akan kekalahan I. I melihatnya pergi sambil air mata bertakung di dalam mata I, membentuk mutiara-mutiara suci.

5 tahun kemudian, CT mendapat pangkat Dato'. Dan I bersyukur I tidak mengahwininya.

I tak nak jadi Datin.

3 comments:

Afifah Abdoh said...

this is brilliant hahaha

izzati noris said...

strawberry bersalut coklat. this is GOLD!

namivamp said...

bongok