December 30, 2011

Teka-teki Resolusi Tahun Baru.

Ok ok.




"Sebelum kita keluar rumah, kita kena tutup apa?"

"Tutup lampu. Tutup pintu. Tutup semua barangan elektrik. Kita kena pastikan semua benda ditutup."

"Lagi?"

"Lagi? Kena tutup apa lagi?"

"Tutup aurat."


*



Sentap tak? Ahah!



Selamat Tahun Baru, friends.


Resolusi I untuk tahun 2012 adalah, to prove that the mayans are wrong.

December 29, 2011

Kelas menjadi Gentleman: Larangan seorang Gentleman.

Hi. I ponteng kerja hari ni. (Saja nak berlagak).

ok.


Anyway, I tengok sekarang sudah tak ramai orang lelaki yang merupakan gentleman. Ejaan adalah sangat penting bila kita nak bercakap pasal gentleman.

Gentleman (ejaan tanpa space) bermaksud :
Seorang jejaka budiman yang pandai membawa diri.

Gentle man (space di antara gentle dan man) bermaksud :
Lelaki lembut.


Anyway. Tip untuk menjadi seorang gentleman no.1:

Selalu bersedia untuk mendengar luahan hati seorang wanita.

Seorang gentleman harus menjadi seorang good listener. Selepas mendengar luahan wanita, jangan kita kata benda-benda yang tak patut dikatakan.

Ni contoh benda yang dilarang dijawab oleh seorang gentleman :

Perbualan seorang gadis bersama teman lelakinya.


"Sayang, U tau, boss I ni macam haram. Lepas tu semalam I makan aiskrim I rasa gemok. Baju I tak muat. I nampak gemuk kan? U rasa I cantik tak? U sayang I tak? Ear rings I hilanglah. U tau tak kawan I husna nak kawen esok? Dia dah la bitch, ada hati nak kawen. Eh U dah tengok gossip girl semalam? I loike...bla bla bla bla bla...."

Ok, seorang gentleman akan mendengar dan cuba memberi nasihat atau pandangan.

"Hun (sebutan han, short for honey), U relaks ok? Janganlah serabut sangat kepala U."

"Hun? Awwww my boyfriend is so sweet. I suka bila U panggil I Hun. Hun untuk honey kan? I memang manis macam honey kan?"

Memang! Kaum wanita, bila dah tahu pun nak tanya lagi! Tetapi adalah dilarang sama sekali untuk seorang gentleman menjawab macam ni.

"Bukan. Hun untuk Hanjeng. Kau bising sangat, macam hanjeng"



Jawapan seperti ini adalah dilarang sama sekali! Elakkan daripada menjawab macam ni. Kalau tak nak jawab, anda terus on lagu Adele dan nyanyi sekali. Women love Adele (tengok! I tak cakap bitches love Adele, sebab I seorang Gentleman.)



Semoga anda dapat memanfaatkan pelajaran kita pada hari ini.

Serlahkan ke-gentleman-nanmu.

December 26, 2011

Salam 1 Malaysia.

Hi.



I pelik dengan dunia politik sekarang. Banyak sangat main kotor. I pun tak tau sapa betul atau tidak. Kawan-kawan journalist I selalu tanya I soalan ni.


"Kau sokong parti apa? Pembangkang ke Pemerintah?"

Susah tau nak menjawab soalan ni. Kalau I jawab Parti Pembangkang, mereka yang menyokong Parti Pemerintah akan mula brainwash I. Kalau I jawab Parti Pemerintah pula, mereka yang menyokong Parti Pembangkang akan brainwash I.


Otak I dah cukup bersih, I tak suka dibrainwash.


So, I selalunya akan jujur memberi jawapan. I akan menjawab dengan jujur dan ikhlas.


"I sokong Parti Buih."


Who's with me!? PARTI BUIH!



Tak kira la apa pilihan kita dari segi Politik, tapi we're all Malaysians.


Merry Christmas, friends!

December 13, 2011

Muzik dari Korea! Memang sedap!

Selasa.


Semalam, kereta I hantar servis, jadi I kena naik Bas ke LRT.

Biasalah dalam bas, ramai manusia, banyak ragamnya.

I duduk sebelah budak ni. Dia pakai jaket leather. Rambut pacak-pacak. Kasuk brand supra. Sekali pandang, sudah tau dia ni nak join band Max 24/7. Dia siap bercelak. I tak tegur, sebab mak I selalu pesan.
"Kalau nampak benda pelik, jangan tegur".

I pun duduk diam. Tiba-tiba dia kata sorry. I terkejut, pehal tiba-tiba minta maaf? Oh rupanya dia sedang menyanyi lagu 'sorry' oleh Super Junior. I pun continue buat tak tahu.


Tiba-tiba, dia mula bercakap dengan I.

"Bang, bang nak pergi mana?"

"Oh, saya nak pergi kerja."

"Nape abang pakai baju macam ni? Tak payah pakai tie ke?"

"Oh saya penulis iklan, tak payah pakai macam tu. Nape adik pakai baju macam ni? Nak pergi Korea ke?"

"Eh tak der la. Saya pakai macam ni sebab suka K-Pop. Abang suka K-Pop?"


Berani dia tanya I soalan macam tu.


"Tak, saya tak suka K-Pop. Saya suka K-Pap"

"K-Pap? Apa tu bang?"

"K-Pap, Kari-Pap. Lagi sedap daripada K-Pop. Adik kena cuba!"

K-Pap. Lagi sedap daripada K-Pop. #Fakta

December 10, 2011

Teka-teki penyeri Stress-turday. (Original)


Ok ok, kalau anda jenis yang senang stress, teka-teki ini bukanlah untuk anda.



Ok.


Petani zaman 70'an-90-'an suka tuai padi (seperti di atas).
Petani zaman sekarang suka tuai apa?











*







**









***









Jawapannya.
Petani zaman sekarang suka...

Tuai light (Twilight).



Ye tahu tak kelakar. Sapa cakap kelakar? Eleh..

December 4, 2011

Filem terbaru I. Parodi.

Hi.


Inilah dia filem Ombak Rindu versi mo nazmi ahmad.

Saksikan di pawagam berhampiran anda.

Akan datang.



Ong Bak Rindu.

"Di sebalik keganasan, tersemai kerinduan."

Filem ini mengisahkan tentang seorang jaguh Muay Thai dari Thailand yang bercinta dengan seorang gadis dari Malaysia. Dia menggunakan kehebatannya dalam Muay Thai untuk melawan rindu (no idea how). Adakah beliau akan berjaya ke jinjang pelamin? Kita tunggu dan lihat.


Jangan tunggu, takkan keluar pun cerita ini kat pawagam berhampiran atau berjauhan anda.

November 29, 2011

Hidup seorang mermaid. (entri untuk LIMA.LIMA PULUH)

Hi.



Photographer terkenal, sue anna joe telah menganjurkan satu peraduan. Memandangkan I free skit hari ni (read: Malas). So I nak mencuba nasib. Ni adalah entri I untuk peraduan tersebut.

Peraduan ni kena buat cerpen guna 5 perkataan ini.
1. MENUNGGANG
2. GUNTING
3. PINGGAN
4. POKOK
5. KAKI

***

Hidup I sebagai seorang Mermaid. Gittew.


I seorang mermaid. Bandar Atlantis ni memang cun. Tapi I jeles jugak tengok dunia kat darat sebab:

1) Manusia semua rambut cantik. Rambut I haram, macam tak pernah syampu. Kat sini tak der jual syampu pun. Jeles I tengok rambut rain dalam iklan syampu Clear tu. “Nama saya Rain,” ish geram. Nak GUNTING rambut pun tak boleh. Tak der Hairkunst, Crimpers, Monsoon ID, mamak barber pun tak der!

2) Korang boleh MENUNGGANG kuda. We cannot. Kat dunia air ni hanya ada kuda laut. I try duduk atas dorang. Terus penyek. Bila I dengar lagu Too Phat “Kuda ku lari gagah berani”, I stress. Kat sini hanya boleh nyanyi “Kuda lautku berenang alahai comelnya”.

3) I try berlakon cerita Hindustan hari tu. Kuch Kuch Mermaid Hai! Tak best langsung. Macam mana nak menari dan menyanyi kat keliling POKOK? Where got pokok wan dalam air. Mak down a bit.

4) Kitarang semua KAKI bangku sebab tak tahu main bola. Eh sebenarnya kami tak tahu main bola bukan sebab kaki bangku, kami tak main bola sebab tak berkaki je sebenarnya. Kami hanya pandai main bola sua.. oh nevermind.

Tapi I bersyukur jugak jadi mermaid sebab bila I makan, no need to wash the PINGGAN. Dah memang terwash sendiri. Tapi makanan yang ada kat sini semua masin. Air laut memang masin. Ramai kawan-kawan I mati sebab darah tinggi. Tapi tak per, asalkan no need to wash the PINGGAN.



Macam haram sebenarnya cerita ni.

Please agree to agree.

November 27, 2011

Nak ke manew tew?

Hi,


I selalu tengok dalam drama melayu. Si girlfriend bosan sebab si boyfriend kononnya tiada masa depan sebab jual burger, gelang AC atau join Akademi Fantasia.

Dan bila si girlfriend dah bosan, mesti dia akan dump laki tu. Ayat dia selalunya sangat cliche. Hampir kesemua ayat-ayat break up dalam drama melayu berbunyi macam ni:


"You ni tak der duit! Tak der masa depan! I nak break! Relationship ni tak ke mana!"



You see, ayat ni memberi peluang kepada kita untuk menggunakan Pickupline. Mari I demonstrate kat you olls, apa yang harus dijawab kalau girlfriend you cakap ayat tu.


"I tak nak dengan you dah! Relationship ni tak ke mana!"

"Eh kenapa nak break sayang? Tahu tak sebab apa relationship ni tak ke mana? Kan orang cakap, kalau dah jodoh, memang tak ke mana. Ternyatalah you jodoh I"


Gila smooth kan?


Why of course. You know why they call me MO?

MO stands for Mr. Ohsem.


I rest my case.

October 30, 2011

Kelas Muzik.

Ahad.


Tiz Zaqyah sedang belajar Muzik. Dia belajar tentang note-note serta key-key yang ada dalam muzik. Cikgunya, yang lawa seperti Tiz juga, menyuruh dia nyanyi 'Do Re Mi Fa So La Ti Do'.

"Ok Tiz, Cikgu tahu, Tiz memang berbakat. Sekarang cepat nanyikan Do Re Mi Fa So La Ti Do dengan key yang betul. Jangan sumbang. Mak tak kuasa melayan orang-orang yang sumbang ni"

"Baiklah Cikgu, Do Re Mi Fa So La Ti Do"

"Okay. Tak sumbang. Tapi kurang sedaplah. Cuba Tiz masukkan vibrato sikit"

"Okay. Dooo Reee Miii Faaa Sooo Laaa Tiii Doooo"

"Ha, macam tulah. Ok sekarang cuba awak campur adukkan note tu. Jadikan satu melodi sangat romantik."

"Oh, senang je cikgu. Saya dah selalu prektis"

"Bagus, ok bagi cikgu dengar."

"Ok cikgu, here goes..

Do Re Mi Is Hak

Bila saya masukkan nama Remy Ishak, segala-galanya jadi romantik, kan cikgu? I love Remy Ishak, cikgu"

***


Oh Tiz Zaqyah is dating Remy Ishak. Robek hatiku.

October 16, 2011

Rakyat Malaysia.

Ahad.


Kadang-kadang I kena kerja on weekends. Macam hari ni, hari ahad. I kena kerja. Apalah nasib I.

Hari-hari biasa pun, I selalunya balik kul 8 malam dan ke atas. Tak sempat nak jogging atau bersenam, terus comel (read: gemuk) balik. Apalah nasib I.

Tapi bila orang tahu I balik lewat malam, atau kena kerja on weekends, I akan dilemparkan ayat-ayat cliche. Ayat-ayat seperti ini

"Weh, orang bangla pun dah balik dari kerja lah."
"Weh, orang bangla pun cuti lah hari ni."

Kan obvious tu? Dorang pun tahu.
Sebab tu lah I balik lewat malam atau kerja on weekends.


I bukan orang bangla.

Happy weekend, people!

October 5, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa.

Nasihat.

Jika orang perak bertanya,

"Yop! Ape Kabo?"

Janganlah cuba menjadi pelawak dengan menjawab.


"Kabohidrat"


Tak semua orang rasa U kelakar.

September 29, 2011

Jantina.

Selasa.


Kadang-kadang bila I gatal, I akan type "watches" pada ruang carian di Google. Jelas sekali la bukan idea yang bagus kerana ini akan membuatkan I ingin membeli sesuatu yang sememangnya tidak mampu.

I terlihat seutas jam nixon ni.

Seterusnya, adalah sejarah. I telah jatuh cinta.


I check deal locator di laman web jenama jam tersebut.

"Rhapsody, The Curve, Mutiara Damansara".

I terus memecut ke sana selepas kerja.

*

"Kak, jam ni berapa ni?"

"Jam ni RMxx dik. Adik try la jam ni. Jam ni cantik"


Memang cantik jam tersebut. Jelas kakak tu ada kelas. Meriah u oll. Masalahnya cuma, strap nya terlalu kecil.

"Kak, tapi strap dia kecik je ni. Untuk lelaki ke perempuan ni"




"Eh, jam ni Biseksual"





Oh. Baiklah kak. Biseksual pun, biseksuallah. Asalkan cantik.

September 12, 2011

Teka-teki penyeri Hari Isnin.

Isnin.


So, what do we call a sick mother?
What what what what what?


Whatttt?


The mom (demam).


Korang maki I tak lepas baca teka-teki? I tak berniat nak menyebabkan korang buat dosa.


Maafkan diriku.

Old Town White Coffee.

Hi.


Letihnya hari ni.

Masa menunjukkan pukul 12 pagi. I baru balik dari Ofis (OH MY GOD).
Masa tu cuaca sejuk. I rasa lapar.

"Dapat Chicken Hor Fun kat Old Town White Coffee ni pun memang sedap" I bermonolog.




I xnak pergi sorang-sorang. So I ajak la member I. Dia ni memang suka makan

"Bro, let's go have some Hor Fun. Aku belanja!" I cakap ngan dia.

"Err, kau sure ke?

"Ye lah. Asal?"

"Tak der pa per. Ok jom. Aku ada tempat Baek punya untuk kau."


So memandangkan I tak der kereta. Dia lah drive. Dia nak bawak I pergi tempat baek kononnya. Fine. I percaya dia. So I biarlah dia drive. Memandangkan I letih sangat. I tertidur.

Tak sure berapa minit kemudian, dia kejut I.

"Bro, bangun! Dah sampai!"

I pun bangun. Tempat dia agak gelap. Macam tempat bunuh orang. Ramai gila Perempuan/Mak Nyah yang berpakaian skimpy. Pehal dia bawak I pergi tempat macam ni?


"Weh kau bawak aku pergi mana ni dowh!"

"Ha, you wanted some whore fun kan?"

"Whore fun? Kau maksudkan chicken hor fun kan?"

"Oh shit! Aku ingat Whore Fun dowh!. Keseronokan Pelacur"


Hi, esok hari isnin. Pasti biru.

September 10, 2011

Karmariah Samsudin.

Hi.



Masa I tengah nak check in untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuching, barisannya amatlah panjang.

Semua orang bengang. Servis sangat lembab dan menjengkelkan.

Tiba-tiba ada minah ni potong line!

I pun menegur dia.

"Hi, eh u! nama u Karma kan?"

Dia buat tak tahu. Belagak macam cun, tapi sebenarnya tak pun. Mesti dia ingat I nak ngorat dia. Mesti!

"Eh, sah u ni Karma! I cam muka u ni!"

"Apa u merepek ni? Sapa Karma?"

"La, u lah, bukan nama u Karma ke? Betul! I kenal u! Nama u Karma kannnn?"

"Suka hati u je. Nama I bukan Karma"

"Betul. Wajah u ni memang sebijik macam Karma!"

"Kenapa u confiden sangat Nama I Karma?"

"Sebab Karma's a bitch"

I terus ke barisan yang lain.




Karma's a bitch, bitch.




Disclaimer: Karma Sutera bukan sejenis kain.

August 30, 2011

Pantun Raya. (Sediakan Eno).

Hi.




Pagi-pagi pergi pasar tani,
makan briyani lazat tak terperi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mari sama-sama elakkan obesiti.


Selamat Hari Raya uolls.

Saya dengan rendah diri meminta maaf jika ada terkasar bahasa dan telah menyakitkan anda secara zahir atau batin.



Selamat menyumbut Aidilfitri!

August 24, 2011

Selamat Hari Rabu. #Twitter.

Hi.


Ni bulan Ramadan, tidak perlu menjadi terlampau kreatif sehingga mengeja hari Rabu sebegini "Wet nurse day".



Happy Wednesday people.

August 20, 2011

1Malaysia (bukan politik).

I pergi zoo dengan girlfriend I. I rasa romantik, sebab ini adalah satu pengalaman yang baharu. Kami dapat melihat banyak haiwan. Binturung, memerang dan juga beberapa binatang yang susah untuk menyebut namanya.


Sedang I berjalan-jalan. Tiba-tiba ada dua adik beradik dari kelantan ni berlari. Main kejar-kejar agaknya. I rasa abangnya di depan, dan adiknya di belakang. Jelas kelihatan adiknya lebih lembab. Masa diorang berlari, adik dia memanggil abang nya.

"Abe! Abe! Abe!" Adik dia menjerit. (Abe is abang in longhat kelantan, if u didn't know)

Semangat betul. Dah besar-besar pun main kejar-kejar dalam zoo. Pelik.

Tiba-tiba I rasa pedih di belakang badan. I pitam.


***


I buka mata. I kat Hotel. Banyak betul awek-awek dengan kostum jururawat. I kat party mana ni, I terfikir dalam otak. Ibu bapa I pun ada kat sebelah.

Aik, pehal parents I buat kat party cosplay ni?

Oh bukan. I bukan kat hotel. I kat Hospital Prince Court. I kena hospitalized sebenarnya.


I nampak adik beradik Kelantan dari zoo tempoh hari. I tertanya apa dorang buat kat situ.


"Eh, korang yang main kejar-kejar tu kan hari tu?"

"Kejar-kejar? Are you crazy?"

"Ha? betullah. Adik you asek terjerit-jerit panggil u."

"U gila ka? I tak panggil dia lah gila. I cakap 'A bear! A bear!'. Beruang la bongok. Kan kau dah kena gigit!"

"Oh, mana I tau. I ingat you orang kelantan. Abe! Abe!"





Hi, nama I mo. Nama U?

August 18, 2011

Teka-teki Ramadan.

Khamis.

Mi apa yang dulu pakai braces?










come on.













Salah, cuba lagi.















Salah.













Jawapannya.


MI SHA OMAR!



*Lame, I nak bunuh diri sendiri. Bye!*

Why so serious?

Rabu.


I on the way nak pergi kerja. Seperti biasa, I naik LRT.

I duduk sebelah minah yang berpakaian serba hitam. Agak menarik.
I pun cubalah nak create conversation.

"Hi, hitam hari ni. Macam Batman bertudung. hehe" I cuba crack a joke, tetapi lame gila.

Dia tak berkata apa-apa. Dia hanya senyum.

"So, you kerja apa?" I tanya lagi.

"I lawyer" Dia jawab, serius.

Ok part ni I nampak peluang untuk I buat dia ketawa. Kalau dia ketawa, mesti lepas tu I akan dapat phone number dia. So I gunakan otak I ni untuk mencari jawapan yang boleh buat dia ketawa. Dan I terjumpa satu jawapan yang sememangnya mustahil untuk orang tidak ketawa bila mendengarnya.





"U loya? Kenapa? U pregnant eh?"

Kelakar kan? Kelakar kan?


Awkward silence.

I tak tahu la dia dah sampai destinasinya atau tidak, tapi di stesyen yang berikutnya, dia telah turun.

"Next Station, Abdullah Hukum"

Oh hukum lah I.


August 9, 2011

Plagiarism

Hi!

Ada orang memplagiat kandungan blog I yang tak seberapa ni. Hihi!


Hello, awak.

August 5, 2011

Pickupline Berbuka Puasa.

Hello.

Pegang kurma, tanya dia "Would you like to have a date?" If no, makan kurma itu. If yes, katakan dgn kool "see u at 8." #pickuplineberbuka #Twitter #fb


Selamat berpuasa.

Senja (Prologue).

“Baby, baby, baby ooohhhh! I’m like baby, baby, baby noooooo! KELEPAP!” Tu bunyi alarm di telefon bimbit I. I terpaksa pasang lagu itu kerana ia akan membuatkan I sangat menyampah, lalu tidak akan menekan butang snooze. Bak kata pepatah, "the snooze button is the root of all evil". Oh dan ‘KELEPAP!’ tu adalah bunyi telefon I dihempuk.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Nasib baik sempat bangun. “Just in time for sahur,” I berkata kepada diri sendiri. Hidup I sedih. I duduk di bawah tangga (ada ruang kat bawah tangga) dengan Ibu dan Bapa angkat I. I keluar dari bilik I, mereka sedang menjamu selera. “Heri, kau bangun lambat. Sorrylah makanan dah habis. Bangunlah lambat lagi,” Ibu angkat I sindir.

Oh and by the way, nama I Heri, Heri Patel.

I berdarah kacukan. Bapa kandung I berasal dari Indonesia. Namanya sangat indah, Heriyanto Pamungkas Wali Bin Kasanova. Ibu I pula, adalah pelakon Bollywood yang masyhur. Amisha Patel namanya (Google kalau tak kenal). Dia sangat menawan, I benci bila orang panggil Ibu I ‘MILF’. Kalau I panggilnya MILF, tidak apa. Kerana bagi I, ‘MILF’ bermaksud ‘the Mother I’ll Love Forever’ (this is the part where you guys go, Awwwwwwww). Jadi, nama I sebenarnya adalah gabungan nama kedua Ibu Bapa kandung I.

Pada hari jadi saya yang ke 12 (kot?), I telah berjumpa dengan gergasi mini. Nama dia Haggard. Haggard menceritakan bahawa I sebenarnya adalah seorang ahli sihir. I terkejut. Wujudkah dunia sihir yang diperkatakan ini? Nak dipendekkan cerita, 3 minggu selepas kejadian itu, I tiba di sekolah baharu I, Sekolah Sihir dan Sifir Siti. Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama pengasasnya, yang tiba-tiba hilang secara misteri.

Sekolah ini sangat menakjubkan, siap ada penyapu terbang! Masa kat rumah keluarga angkat I, penyapu terbang hanya wujud apabila Ibu angkat I mengamuk kat I, dan penyapu tu secara automatik terbang ke arah I. Ok itu cerita lain.

Masalah I bermula bila I berjumpa dengan satu keluarga di mana kesemua anaknya bersekolah di sekolah I itu. Mereka adalah,


the Kalens.

July 26, 2011

Jemput makan, awak.

Setelah penat bekerja, I balik ke rumah dengan harapan untuk melihat makanan terhidang di atas meja dapur.

Sampai-sampai, hati I berkecai.


"Mo, tu lah balik lambat sangat, mana ada makanan. Mama malas la nak masak"

"Tak pa ma, seminit lepas baru je I makan."

"Seminit lepas? Makan apa?

"Makan hati, ma"


I ke bilik. Online sambil menulis post ini.

dah 17 minit berlalu ni.


Ha ok mak I dah panggil makan, dia masak mi.


ok bai.

Selamat menjamu selera.

July 12, 2011

Pickupline Percuma Hari Ini

Selasa.


Untuk memastikan teknik ini berkesan, anda harus berlakon sedikit.

Jalan seperti biasa, bila sasaran sudah hampir, jatuhkan diri anda. Konon-kononya anda terpelecok.

Nota, jangan termelatah dengan berkata,

"Oh Po Cot!"

Itu turn off bagi sesetengah wanita.
Kalau anda memang kena melatah. Cuba cakap sesuatu seperti,

"Oh Wallet aku banyak duit"

atau

"Oh aku ni cousin Dr. Rozmey"


Langkah seterusnya,

Bila anda sudah jatuh, seorang wanita yang cantik luar dan dalamnya( dalam as in hati! bukan dalam baju), di pasti akan menolong anda.

Bila dia sudah menolong anda. Ayat ni harus di lafazkan dengan penuh seksi, tapi jangan terlalu seksi, seksa jadinya nanti.


"U tahu tak, I ni clumsy tau. Hari ni sahaja I dah jatuh 2 kali."

"Tadi dah jatuh, sekarang ni jatuh lagi... Jatuh Cinta."

Pandang matanya, dan senyum.


Selamat mencuba!

July 4, 2011

Mimpi jadi kenyataan.

Ahad.


Malam semalam, I mimpi.

I mimpi I nampak mak I tengah tengok TV.


I terjaga, I keluar bilik, I nampak mak I tengah tengok TV.


the end.

June 29, 2011

Shower.

Hari hujan, boleh diceriakan dengan satu teka-teki.


Nama artis apa yang patut anda namakan anak anda supaya dia sentiasa wangi?

You know this, comeee onnn.




***







Mandy Moore (Mandi More, get it?)


*sumpah tak kelakar wey (Dush tumbuk diri sendiri)*

June 27, 2011

Pramugari Bogel.

Ha, korang klik link ni sebab nak tengok pramugari yang topless kan?

Otak kuning betul. Sorry tapi u olls kena tipu. Ah gittew.


***


Walaupun I dalam industri pengiklanan, I rasa banyak iklan yang menipu dan misleading.

Ini tidak elok kerana kita banyak mempengaruhi kanak-kanak. Kanak-kanak yang naif lagi suci dalam debu sememangnya akan percaya benda yang mereka nampak bulat-bulat.

Ini satu contoh, untuk membuktikan hujah I.

Aunty i seorang guru di sebuah sekolah rendah. Dia dah lama dah mengajar subjek ini. Dah banyak kali dah dia memeriksa dan memberi markah semasa peperiksaan percubaan, pra spm, pra upsr, pra pmr, pramugari dan peperiksaan pra-pra yang lain.

Dia bercerita, sebelum ini, tidak pernah ada kanak-kanak yang memberikan jawapan sekreatif (read: sebongok) ini.


Subject: Kajian tempatan.

Soalan yang diberi oleh cikgu:

Wilayah ____________ terletak di Kuala Lumpur.


Jawapan yang ditulis oleh murid:

Wilayah celcom terletak di Kuala Lumpur.

June 3, 2011

Kaler

Mak I memang suka benda-benda cantik dan rare.
Dia nak beli telefon rumah. Tetapi nak warna yang lain daripada yang lain katanya.

So dia bertanya.

“Selalu orang guna telefon colour apa?
“Kala kesepian”

Sehari dia tak bercakap dengan I.

May 26, 2011

Pickupline hari Khamis.

"Hi cik adik. Cik adik boleh tolong lap tak?"

"Ha? Lap? Lap apa?"

"Lap me, sebab I Lap you too"


Hujung minggu, cepatlah tiba.

May 5, 2011

Shiom dia.

I pergi bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah moden di Kuala Lumpur. I tidak tahu mengapa, tetapi memang ramai budak-budak sekolah lepak kat luar bangunan pusat membeli-belah tu.

I masuk ke dalam kedai GAP.

Masa I nak masuk tu, ada seorang gadis yang tersangat cantik. Mata ibarat pulau mutiara pulang pinang. Baunya seharum produk ini. Memang tangkap cintan la bro.

Dia baru sahaja membeli sehelai jeans. Masa nak keluar dari kedai tu, memang agak sukar untuknya membuka pintu kedai itu. Tangan dia penuh dengan barang-barang yang telah dibeli.

I, seperti biasa, seorang gentleman sejak azali lagi, pergi ke pintu itu, cuba untuk menolong.

"Hey, kucup please?" dia berkata sambil menolak pintu kedai itu dengan tangannya yang memang penuh.

I pelik. Memang 5 minit yang lepas, memang ada I membayangkan gadis ini meminta kucupan daripada I.

Ini bagaikan Dejavu.

JACK POT! Memang I nantikan saat-saat begini.

I mendekatkan bibir I, hendak mengucupnya. I muncungkan mulu, pejam mata untuk ambil feel.

"What the hell are you doing?" dia tiba-tiba berbahasa Inggeris.

"Tadi kan nak kucup? I on jah."

" I said could you please. As in could you please open the door?"

"Kucup please and Could you please, same difference. yeah fine," I berkata dengan sopan.

I buka pintu dan dia terus berjalan sambil memaki-maki dalam bahasa cina.

I tak faham sangat tapi perkataan last yang I dengar ialah "Chi sin"



eh jap, "Chi sin" ke "Cheesy?"

We'll never know.

April 21, 2011

Jasmin. Teh Jasmin.

Semalam I jalan-jalan kat OU. I cari seluar baru, kerana seluar I semua dah longgar.

I masuk Zara. I tengok-tengok seluar baru yang boleh dibeli. Memang cantik. Sedang I sibuk melihat price tag kat seluar tu, tiba-tiba ada minah salleh ni datang tegur I.

"Excuse me, How much is this?" dia tanya.

I pun fikir, apa hal kau ni, I sikit punya handsome dia boleh ingat I kerja kat Zara ni? Then I pandang sekeliling. Then I sedar, memang pekerja Zara semua bercoat, memang bergaya. Patutlah dia ingat I kerja sini. I hanya mampu tersenyum.

"I'm sorry, but I dont work here" I jawab, senyum sipu.

"Why are you here, miss? the lady's department is over there." I tanya sekali lagi.

"I beg your pardon?" muka dia terkejut.

"Why are you here? This is the men's dept" I jelaskan.

Dia tak jawab apa-apa. Dia toleh dan terus mencari pakaian-pakaian lelaki yang lain. I pelik, apahal minah ni kan? Dah la ingat I kerja sini, pastu I tanya, sentap pula.
I buat kesimpulan yang mungkin dia baru datang bulan. Tengah PMS (Perangai Macam Sial).


I pun malas nak layan. I biarkan dia. Mungkin dia nak jadi pengkid. Mungkin dia nak beli baju untuk BF dia. I pun buat tak tahulah.

Tiba-tiba I dengar bising sangat. Ada seorang wanita melayu ni masuk dalam kedai Zara dan menjerit kepada minah salleh tadi tu.

"Jas! Hurry up! your fans are waiting," orang tu memanggil minah tu.

Jas? Ek eleh, mak bapak bagi nama Jasmin, tiba-tiba jadi Jas. Blah la minah. I bermonolog.

Dan apa maksud dia fans? I pun terfikir. Fans as in peminat? Kenapa dia ada peminat? I tak pernah nampak pun? Takkan fans as in kipas-kipas? Itu tak masuk otak.

Keadaan menjadi semakin kucar-kacir, riuh-rendah. Bising like a G6.

I terkejut. Ramai gila orang datang ke arah minah itu. I pelik, sapa minah ni? Definitely bukan Jasmin dari katun Aladdin. Siapakah gerangan Jas, si minah salleh budak kecik ini?

I jadi curious gila. So, I jalan keluar dari Zara. Ramai sangat orang mengerumuni Jas. I tengok. Siap ada buat banner. I baca betul-betul banner tu.

It says:

"Justin Bieber, My World Tour 2011"


Oh.

*



Have fun watching Bieber tomorrow, guys. Dont worry, I wont judge.

April 18, 2011

Pickup line 101.

"Eh, you look familiar lah"

"Ha? that's the oldest trick in the book. sheesh. buzz off"

"Garangnya you, tajam betul kata-kata"

"Sorry, can you please talk to the hand, cause the face is not interested"


"I tau you ni perempuan jenis apa. You macam durian. Kat luar tajam, tapi dalam, amboi... memang manis"

"hik hik, alah malu lahhh, hik hik"

"Jom lah naik motor abang ni, kita pergi makan durian all you can eat kat DU tu"

SFX: vroom vroom.

April 15, 2011

PTPTN.

I tengah duduk main game COD Black Ops (Sumpah best), tiba-tiba I dengar orang berbunyi.

"weh"

Weh. I tak kenal sapa itu weh. So I diam sahaja.

"Weh"

Kali kedua. Sapakah gerangan weh ini? Kenapa dia pekak tak dengar orang panggil dia? I buat diam sekali lagi.

Tiba-tiba ada orang datang kat I, sambil mengujuk jarinya di bahu I. Bapa I rupanya.

Jadi I pandang.

"Ha?"

Dia tidak berkata apa-apa. Cuma melakukan aksi ini.


Pelik.

"Apahal? Duit apa?" I memberontak, suara kuat kuat slow. Kuat, tapi tak cukup kuat untuk dianggap sebagai anak derhaka.

"Duit hutang masa kau kat hospital. Ingat Free? Sebok sangat nak keluar dari perut mak kau. Melepas kasut nike aku nak beli tu tak? Lama gila kot aku simpan duit nak beli kasut nike. Kasut nike yang kumahukan, anak laki yang kudapat."

:(

*Lagu Iklim - tidak ku pinta bermain secara loop di komputer*

"tidak ku pinta, lahir ke dunia"

April 6, 2011

My love story. Sad but true.

"You lambat. I dah tak boleh tunggu. Usia I dah lanjut!" dia jerit. Air mata membasahi pipinya. Kami bergaduh buat ke sekian kalinya. Dia bukan seorang penyabar. Semuanya harus di lakukan dengan kadar segera. Such a perfectionist.

"You, sabarlah you. I tahu, you memang mampu untuk sara kita, tapi at least tunggulah I dah kerja. Tak ada lah you dipandang seperti sugamommy I. I nak you di pandang as the mommy to my kids" I terangkan secara lembut. Sweet talker I ni, I know.

Dia terus berpaling ke arah lain. Dia bercakap sambil I belakangnya.

"Kalau you tak propose I right now, young man, right now, I akan terima lamaran seorang Dato'". Dia kini tidak menangis lagi. Dapatku rasa ketegangan di dalam suaranya. "Dato? What Dato? Dato M. Daud Kilau proposed? Are you frickin' kidding me?" I decided to use the word frickin', kerana walaupun kami bergaduh, I tetap hendak menampilkan imej seorang gentleman, because that's who I am. "Dato M. Daud Kilau? Lame" dia jawab, muka bosan memang patut kena selipar.

"Then, tell me, who proposed? Who? Who? Bung Mokhtar? Dia baru kahwin kot!" I minta penjelasan. "HA HA!" dia ketawa sinis. "I'm sorry, but there's a reason why you tak lepas audition Raja Lawak. Kau ingat kau lawak ke ha? Bung Mokhtar tengkorak you." Dia jawab, muka selenga. "The name's Kay, Dato Kay," dia memberitahu, penuh gaya dan keanggunan.

"Dato' Kay? What the hell CT!" Ya, nama dia CT Anne Urhaliza. "Who is that? where did you meet him?" I tanya, badan I menggigil. I sangkakan I marah, rupa-rupanya I kat London. Sebab tulah I menggigil sebenarnya.

"I met him on Facebook. You know, the page where you have your own fanpage with 1000000 fans?" I mengaku. Memang ada orang buat fan page I. I tak tahu siapa. Yang peliknya, fans I memang ramai! "Oh really? Apa yang dia ada yang I tak der CT?"

"Misai!" Waktu itu, I dah give up. There's no way I could grow a moustache (true story). I sedih dan kecewa.

"It's ok dear, I'm sure you'll find miss perfect," tambahnya lagi.
I hanya mampu terdiam.

*

I di tinggalkan seorang diri di atas the London Bridge. Dato' Kay datang menjemputnya dengan sebuah BMW 5 series. Di dalam keretanya, dia membawa sekotak strawberry bersalut coklat. I terima akan kekalahan I. I melihatnya pergi sambil air mata bertakung di dalam mata I, membentuk mutiara-mutiara suci.

5 tahun kemudian, CT mendapat pangkat Dato'. Dan I bersyukur I tidak mengahwininya.

I tak nak jadi Datin.

March 23, 2011

Binatang.

"You, do you have a pet?"

"Yeah, I have two cats. Why?"

"Are you trying to be funny? I meant sanitary pads"

"Oh, no I dont. Sorry"

ahahahah. Prolly dia cuba nak buat lawak, tp bila I blur jawab macamtu, PMS dia tiba tiba muncul.

Tak perlu tanya I jika I ada pad. I lelaki dan pelik bukan jikalau I ada pad di dalam handbag backpack?

Why don't we go and take a trip, and get away somewhere.

March 11, 2011

how does it feel?

"How does it feel pa, knowing that your son's going to penang, and you don't have to give him any money, now that he's working?"

"It feels great. I feel young, and single again"

"That doesn't make any sense"

"whatever, oh bang. I'm in a hurry, I dont have any cash, can i have 60 bucks?"

"haaaaaa?"

"tak nak bagi? its ok. Dulu pun bukan bapak yang bayar for your education. I didn't pay for your lunch. I didn't buy this house for my kids. The food i buy everyday is only for me. It's ok"

"I only have 50"

"good enough"


Karma is indeed, a bitch.
but i don't mind. :)



Pisang emas di bawa belayar,
2 3 pisang tanduk mana nak sama,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi, hutang selamanya.


My prayers are with you, my japanese friends.

March 7, 2011

dadah.

"pa, Im going to subway. Want anything?" I texted him.

"K."

K? he wants kokaine?



and wtf is HB?

whenever it's someone's birthday, U'd see a lot of "HBs" on his/her wall.

HB? Heartbreak?

Hati Busuk?
Halkum Besar?
Homoseksual Bernafsu?
Hotel Berjaya?
Hani Bermadu?
Haram Berbotox?
Haji Bakhil?

what the hell is HB?

February 2, 2011

Jenis Stereo.

"Mo, kerja mana sekarang?"

"TV3, dulu kat Universiti pun belajar broadcasting"

"Ooooh, nak jadi artis la niiii?"

Ni adalah conversation yang biasa I hadapi dengan aunties, uncles, kucing dan hamster I.

Broadcasting, atau masscommunication bukan bermaksud nak jadi artis semata-mata. Script writing, Production dan banyak lagi benda yang terlibat dengan industri broadcasting ini.

Tetapi kita sering streotype kan sesuatu. Kenapa?

Muslim adalah terrorist, melayu adalah pemalas, ketupat adalah Illuminati, Orang orang bernama mo adalah orang yang hensem. Ini adalah beberapa contoh streotype di dalam masyarakat kita. Tak adil bukan?


Adil tak if i ckp mcm ni kat kawan-kawan I yang ambik law.

"Hey you belajar apa?"

"Law"

"Ooooh, nak bakar orang la ni?"



tak fair kan?

January 13, 2011

Kes ragut di bangsar.

"Tolong tolong! Pencuri!"

Gadis kecil molek itu menjerit sekuat hati. Dia berada di sebuah cafe yang sememangnya ramai jejaka dan gadis yang hip lepak.

"Somebody help me! please! thief thief!!"

Dia jerit sekali lagi, kali ini dalam bahasa inggeris. Kemungkinan besar dia menggunakan bahasa inggeris untuk menunjukkan dia seorang bangsar chick.

Ramai lelaki cuba untuk membantu. Ikhlas atau tidak, itu kita tak tahu kerana gadis ini memang seorang rupawan. Barangkali dia ni pengguna produk produk sorang doktor kacak yang sememangnya laris dan popular dengan movie box officenya yang pecah panggung.

Gadis itu menceritakan yang ada orang telah mencuri barangnya. Barang yang tak terhingga nilainya. Dalam kata lain, priceless lah.


I jual mahal. Okay mungkin tidak jual mahal tapi I tau she's way out of my league. Jadi buat apa susah susah nak cuba mengkaguminya.



I buat tak tahu, endah tak endah. Sememangnya Kopi Jantan yang sedang I hirup ni sedap sehingga menusuk kalbu dan jiwa nurani ku.

Mereka lalu di sebelah saya apabila tiba tiba gadis itu berhenti.

I terkejut.

"Apahal pulak?" I terfikir di dalam otak I.

"Dialah pencuri tu! Saya pandang pandang dia saya nampak dia ambil barang saya itu!"

"Weh minah yang kononnya bangsar tetapi sebenarnya pantai dalam (ada perbezaan), bila masa I curi barang you? I kat sini minum kopi RM 7.00 I ni je" I jawab dengan tenang dan gentleman.

Jejaka jejaka yang berada di sekelilingnya hairan. Seorang daripada mereka, yang rupanya sebiji macam shah rukh khan bertanya kepada gadis itu.

"Did he miss? what did he steal from you?" dengan nada yang flirtatious gitu.
"WHAT THE HELL DID U STEAL FROM HER, YOU PIECE OF .... (isikan sendiri, hint, sememangnya bukan roti canai atau capati)" dia menjerit kat I, untuk menunjukkan dia sebenarnya kuat.

"I don't know, really. I was here all along" I jawab dengan accent British.

"Sugar Pie, what did he steal from you?" jejaka itu bertanya sekali lagi kepada gadis itu. Nyampah I, tak kuasa mak melayan.

"He stole my heart". Perempuan itu jawab dengan malu, sambil tersenyum sipu.